ARTIKEL

Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 – KP Kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kes denggi di seluruh negara merekodkan penurunan 1.3 peratus atau kurang 40 kes pada Minggu Epidemiologi ke-49 2023 (ME49), iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 Dis dengan 2,948 kes berbanding 2,988 kes pada minggu sebelumnya.


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan 54,255 kes atau 90.3 peratus.


“Bilangan lokaliti hotspot meningkat pada ME49 dengan 101 lokaliti dilaporkan, berbanding 95 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.


“Daripada 101 lokaliti yang dilaporkan, 78 lokaliti di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (12), Perak (enam), Sabah (tiga) serta masing-masing satu lokaliti di Kelantan dan Sarawak,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga di Iran

Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran pada Sabtu, lapor Agensi Berita

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial