ARTIKEL

Kes hilang duit lepas pendaftaran PADU adalah palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dalam laman rasmi Facebook Kementerian Ekonomi memaklumkan kes tular di media sosial tentang kehilangan duit dari akaun bank selepas pendaftaran PADU adalah palsu.

Kejadian dikatakan berlaku kepada seorang guru sekolah di Terengganu.

Namun selepas semakan dibuat, tiada sebarang laporan polis berkenaan isu terbabit.

Malah tiada sebarang aduan berkenaan isu tersebut di dalam sistem aduan kerajaan (SISPAA).

Isu ini telah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Orang ramai dinasihati berhati-hati dan semak dengan saluran rasmi kerajaan sebelum berkongsi apa-apa maklumat daripada sumber yang tidak pasti.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU