Kes jangkitan terus meningkat di AS, melebihi 750,000

NEW YORK: Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) terus melonjak kepada 759,086 sehingga 8:00 malam (0000 GMT pada Isnin) dan seramai 40,661 orang meninggal dunia, lapor agensi berita Xinhua.

New York terus kekal negeri paling teruk diancam dengan 247,815 orang dijangkiti dan korban seramai 18,298 disusuli New Jersey 85,301 kes dan 4,362 kematian.

Negeri lain yang mencatakan lebih 30,000 kes termasuk Massachusetts, Pennsylvania, California, Michigan dan Illinois, menurut data Johns Hopkins University. – Bernama