ARTIKEL

Kes kebakaran rumah, kereta di Sungai Apong disyaki perbuatan khianat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah dan kenderaan di Sungai Apong, di sini awal pagi tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superitendan Merbin Lisa, pihaknya mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian tersebut.

Justeru katanya, satu kertas siasatan dibuka dibawah seksyen 435 Kanun Kesiksaan.

“Siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan disyaki disebabkan perbuatan khianat.

“Jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara terperinci.

BERITA LAIN

Dua maut, lori terbabas dan masuk gaung

LUBOK ANTU: Dua maut selepas lori yang dinaiki hilang kawalan, lalu terbabas ke dalam gaung di KM-7 Jalan Lubok Antu – Sri Aman, lewat petang

Bertemu semula lepas 47 tahun

KUCHING: Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri 1977 berkumpul di Hotel Serapi, di sini untuk majlis makan malam perjumpaan pada 18

BERITA TERBARU

Dua maut, lori terbabas dan masuk gaung

LUBOK ANTU: Dua maut selepas lori yang dinaiki hilang kawalan, lalu terbabas ke dalam gaung di KM-7 Jalan Lubok Antu – Sri Aman, lewat petang