Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Kes kematian Covid-19 diramal melonjak sembilan kali ganda menjelang September

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA LUMPUR: Satu kajian mendapati jumlah kematian berkaitan Covid-19 di negara ini berkemungkinan mencapai 26,000 kes menjelang September berdasarkan trajektori semasa, kata Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

Anggaran itu sekurang-kurangnya sembilan kali ganda daripada jumlah kumulatif kes kematian terkini iaitu 2,993 setakat Rabu.

Beliau berkata, kajian oleh Institute for Health Metric and Evaluation (IHME) University of Washington itu juga menganggarkan kadar kematian harian akan mencecah 200 kes menjelang akhir Ogos.

“Covid-19 bakal menjadi punca kedua kematian di Malaysia selepas sakit jantung,” kata pakar penyakit berjangkit itu pada program Sinar Harian yang dihoskan oleh Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaafar yang disiarkan secara langsung kelmarin.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 04 Jun 2021

E-Paper

20 Mac 2023

Latest News