ARTIKEL

TANGKAPAN LAYAR… Tangkapan layar Perodua Viva yang melarikan diri selepas melanggar motosikal di hadapan Petronas Pending.

Kes langgar lari: Pemandu Viva ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pemandu kereta Perodua Viva yang terbabit dalam insiden langgar lari berhadapan Petronas Pending di Jalan Pending semalam sudah ditahan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 47 tahun telah ditahan pada hari yang sama.

“Suspek telah ditangkap pada 20 Mac lepas sekitar jam 6.52 petang setelah menyerah diri di pejabat Trafik IPD Kuching,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahsmon lagi, kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, suspek kini diberi jaminan polis sementara menunggu pendakwaan.

Terdahulu, tular video berdurasi 29 saat menunjukkan sebuah Perodua viva telah melanggar sebuah motosikal dan terus melarikan diri dari tempat kejadian.

Kejadian difahamkan berlaku sekitar jam 4.55 petang.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

BERITA TERBARU