Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Kes mingguan Covid-19 di Sarawak meningkat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sarawak mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 sepanjang minggu epid ke-28 dengan 367 kes berbanding 326 kes pada minggu ke-27.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan media hari ini berkata, ini menjadikan kes kumulatif setakat ini meningkat kepada 308,699 kes.

Katanya, bagi minggu ke-28, sebanyak lapan kes dicatatkan dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Kuching kekal mencatatkan angka kes tertinggi berbanding kawasan lain bagi minggu ini dengan 130 kes, diikuti 67 kes di Miri, Sibu (72), Bintulu (29), Samarahan (7) dan Kapit (8).

“Manakala, enam kes dicatatkan masing-masing di daerah Sarikei, Bau dan Mukah (6), Meradong (5), Lawas (4), Serian, Simunjan, Sri Aman dan Matu masing-masing (3) manakala Kanowit, Lubok Antu, Betong dan Belaga (2) serta Dalat, Selanga, Marudi, Saratok, Subis, Julau dan Kabong (1),” ujarnya.

Dalam pada itu, dua kes kematian dilaporkan pada minggu ke-28 melibatkan satu kes di Kuching dan satu kes di Miri.

E-Paper

20 Mac 2023

Latest News