ARTIKEL

Kes pedofilia meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MASYARAKAT semakin mudah mengakses maklumat dengan teknologi yang semakin canggih dengan hanya mengetik di telefon pintar. Begitu juga cabaran yang dihadapi dalam mendidik anakanak yang semakin terdedah dengan teknologi maklumat semasa.

Apatah lagi kanakkanak didedahkan dengan tontonan yang tidak sepatutnya seperti pornografi.

Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data amat mengejutkan apabila kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja.

Sementara hampir 89 peratus daripada kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun menjadi mangsa antun dalam talian.

Tahukah anda mengajak kanak-kanak menonton pronografi merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh di hukum di bawah Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap KanakKanak (SOACA) 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 Akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Baru-baru ini, di Sarawak, seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuching di bawah Seksyen terbabit kerana mengajak adik perempuannya menonton video lucah dalam telefon milik tertuduh.

Difahamkan, mangsa berusia 13 tahun membuat laporan polis tentang perbuatan abangnya yang membawa dia menonton animasi berbaur pornografi di kediaman mereka di sebuah kampung, Jalan Penrissen, kira-kira jam 8.30 malam, 20 September 2023.

Tindakan abangnya pasti memberi trauma kepada kanak-kanak tersebut apabila didedahkan dengan video tidak senonoh. Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mendedahkan bahawa golongan penjenayah pedofilia semakin meningkat. Menurutnya, bagi tempoh dua tahun iaitu 2021 dan 2022, sebanyak 3,360 kes rogol kanak-kanak dilaporkan.

“Pada 2021, sejumlah 1,605 kes direkodkan manakala tahun 2022 mencatatkan 1,755 kes, sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 150 kes,” katanya.

Modus operandi pelaku dengan berkenalan dengan mangsa di platform media sosial lalu mempengaruhi melakukan hubungan seks.

Trend terbabit didapati semakin berkembang dan menimbulkan kebimbangan.

Apatah lagi kanak-kanak yang mempunyai sifat ingin tahu mudah terjebak hingga berani mengakses laman web yang memaparkan aksi lucah dan melihat gambar tidak senonoh sehingga ketagihan.

Apabila mangsa berjaya masuk ke perangkap pelaku, dia akan mengugut hendak menyebarkan video lucah mangsa sekiranya enggan dibawa memelakukan hubungan seks atau diberikan sejumlah wang.

Menurut Siti Kamsiah, pada 2021, terdapat 183 kes bagi kes ugutan bagi tujuan sebar gambar atau video lucah mangsa, manakala pada 2022 pula sebanyak 133 kes.

Dalam menghadapi cabaran seperti ini terutamanya akses Internet yang semakin mudah, pelbagai cara untuk membendung gejala.

Bagi membendung gejala ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menangani anakanak mereka terdedah dengan pengaruh negatif Internet. Pemantauan ketat gajet yang digunakan oleh anak-anak perlu dilakukan bagi melindungi mereka daripada terjebak.

Antara yang perlu dilakukan ialah dengan menyemak gajet yang anak mereka guna tentang laman sesawang yang pernah dilayari serta mengambil tahu semua platform media sosial yang sering mereka gunakan. Selain itu, pendedahan mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak terutamanya mengenai pedofilia juga harus dilakukan kepada di peringkat sekolah.

Kempen jenayah seksual terhadap kanak-kanak harus didedahkan dalam pelbagai bentuk di semua peringkat termasuklah melalui platform media sosial. Oleh itu, sama-samalah kita menjaga keselamatan kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah seksual. 

LAIN-LAIN BERITA

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

Masa cipta kenangan terindah

BEMULA 9 Februari lalu, cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan 2023/2024 bermula dan berakhir pada 9 Mac. Cuti sekolah menandakan masa berharga untuk pelajar berehat

Banjir kilat undang trauma

SEJAK kebelakangan ini banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan bandar dan perumahan dilihat menunjukkan peningkatan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat berterusan melanda sejak beberapa

Prinsip moral tinggi

INTEGRITI adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan seumpamanya yang berperanan besar dalam membina

Trend pengangguran global

PENGANGGURAN merupakan fenomena berleluasa yang mempengaruhi individu, keluarga dan masyarakat global. Daripada negara maju sehingga ekonomi membangun, isu pengangguran menjadi cabaran yang memberi kesan kepada

BERITA TERBARU

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku