ARTIKEL

Kes pemerasan: Empat anggota polis ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Empat anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan di depan Kompleks Pangsapuri di Kepong di sini pada Khamis lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid dalam kenyataan semalam berkata kesemua yang ditahan itu berumur lingkungan 28 hingga 41 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kuala Lumpur turut menjalankan siasatan mengenai dakwaan keengganan anggota polis menerima laporan daripada orang awam.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius perbuatan enggan menerima laporan polis dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berbuat demikian.

“Kes ini masih dalam siasatan dan polis tidak melindungi individu termasuk pegawainya sendiri yang melakukan kesalahan di sisi undang-undang dan orang awam juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan seorang lelaki tempatan ditahan empat anggota polis ketika sedang berjalan ke tempat letak kereta di kompleks berkenaan dan menuntut untuk memeriksa MyKad dan telefon bimbitnya.

Berikutan itu, telefon mangsa yang mengandungi rekod butiran MyKad pelanggan menyebabkan polis menuduhnya sebagai ceti selain terlibat dalam perjudian haram apabila carian telefonnya mendedahkan laman web perjudian.

Lelaki itu menafikan tuduhan itu dan polis terbabit didakwa mengugutnya dengan pendakwaan mahkamah dan penjara serta menuntut RM10,000 sebagai balasan untuk menyelesaikan perkara berkenaan.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

KWSP DIJANGKA UMUM INISIATIF AKAUN 3 APRIL INI

KUALA LUMPUR: KWSP dijangka mengumumkan inisiatif  ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 pada April ini yang merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah

Gugurkan ahli kabinet rasuah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mana-mana anggota kabinet bawah pimpinannya yang didapati terlibat salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada

2,338 menara telekomunikasi siap dibina

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,338 menara telekomunikasi baharu daripada 3,884 yang dirancang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk menaik taraf jaringan jalur lebar di seluruh

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24

BERITA TERBARU