ARTIKEL

Gambar hiasan foto Free Malaysia Today

Kes Penderaan Kanak-kanak semakin membimbangkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kes penderaan kanak-kanak saban tahun dilihat semakin meningkat dan membimbangkan.

Kanak-kanak yang seharusnya dilindungi dan dibesarkan dalam persekitaran selamat, namun perkara sebaliknya yang berlaku. 

Kita bimbang sekiranya kes dera terus berlaku, ia boleh menjejaskan keyakinan dan perkembangan sihat kanak-kanak itu sendiri. 

Kejadian sering berlaku dalam persekitaran kini mengundang pelbagai tanggapan negatif masyarakat kepada si pelaku yang seolah-olah tiada sifat berperikemanusiaan dengan tergamak melakukan kekejaman, seksaan secara fizikal dan mental terhadap kanak-kanak. 

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga November tahun lalu, sebanyak 5,572 kes melibatkan penderaan dan pengabaian kanak-kanak dikendalikan jabatan tersebut. 

Kes-kes tersebut membabitkan penderaan fizikal, seksual, emosi serta pengabaian yang dikendalikan oleh pegawai pelindung di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Baru-baru ini, tular kes penderaan kanak-kanak berusia 7 tahun disyaki menjadi mangsa dera dua wanita dipercayai penjaga kepada budak malang tersebut.

Kejadian itu dibongkar penduduk sekitar yang berada di kawasan perumahan Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

Lebih mendatangkan kemarahan penduduk, mereka mendapati belakang badan kanak-kanak tersebut mengalami luka teruk dipercayai akibat didera.

Daripada kesan luka itu ada kemungkinan budak malang itu didera dengan kesan cucuhan api rokok atau seterika panas.

Baca lain  MAJIKAN BAIK terhadap PEKERJA

Situasi itu mendatangkan kemarahan jiran sekeliling yang difahamkan segera bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

CCTV JADI SAKSI

Malah, kes pengasuh wanita mendera kanak-kanak berumur 4 tahun di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Jalan Kampung Seronok Nosoob, Penampang turut mengundang kemarahan orang ramai. 

Lebih memilukan, rakaman kamera rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak tersebut ditampar dan dipukul menggunakan pembaris di bahagian muka dan kepala berkali-kali ketika hendak makan.

Bapa kepada kanak-kanak terbabit yang enggan dikenali berkata, dia sendiri tidak sanggup melihat rakaman video daripada CCTV memaparkan anaknya didera.

Bapa kepada kanak-kanak itu turut mendakwa sudah dua kali anaknya menjadi mangsa dera di taska berkenaan sejak Mac lalu.

Sementara itu, kes paling popular yang dibicarakan di negara kita setakat ini ialah penderaan Orang Kelainan Upaya (OKU), adik Bella yang mengambil masa dua tahun untuk diselesaikan. 

Bagaimana pula dengan kes yang mangsanya sudah meninggal dunia? Siapa yang menuntut bela? Dan adakah pelaku mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Baca lain  KESEDARAN TIROID dalam kalangan wanita

Sudah tentu kes penderaan tersebut meninggalkan kesan negatif terhadap mangsa seperti trauma untuk sesetengah situasi, kecacatan kekal, mental dan jiwa yang tidak stabil sehingga mempunyai masalah kejiwaan dan psikologi, terbentuknya kecelaruan identiti. 

Lebih buruk, mangsa belajar dari masa lalu dan tindakan pelaku, menyebabkan mangsa boleh terikut dan terbawa-bawa sikap pelaku. 

Sementara itu, kes dera seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Pasir Gudang turut mendapat perhatian orang ramai termasuk isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Titah Che Puan Besar Khaleeda, kes penderaan kanak-kanak masih lagi menjadi isu yang memerlukan perhatian serius semua pihak.

Baginda berkata, kesedaran tentang penderaan kanak-kanak perlu ditingkatkan melalui usaha berterusan.

WAJIBKAN CCTV

Di samping itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang mempertimbangkan untuk menjadikan pemasangan CCTV sebagai syarat wajib dalam proses memperbaharui lesen premis taska berdaftar yang perlu dilakukan setiap lima tahun.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah penguatkuasaan itu perlu diambil bagi menangani kes penderaan kanak-kanak di premis taska. 

Baca lain  Remaja imarah masjid

Meskipun kerajaan sebelum ini, sudahpun mewajibkan pemasangan CCTV kepada pengusaha taska di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.

Pada Mac lalu di Dewan Rakyat, Nancy dilaporkan berkata, tindakan mewajibkan pemasangan CCTV kepada pengusaha taska yang berdaftar, antara tiga penambahbaikan yang dilakukan JKM dalam usaha meningkatkan operasi di pusat jagaan kanak-kanak itu.

Katanya, pemasangan CCTV di taska juga membolehkan sebarang kejadian tidak diingini jika berlaku di premis itu dapat disiasat lebih terperinci.

Dalam usaha membendung peningkatan kes seumpama itu, beliau berkata KPWKM mewujudkan CBO yang berperanan membangunkan komuniti setempat menerusi penglibatan dan tindakan kolektif ahli komuniti.

Dengan adanya pemasangan CCTV jelas Nancy, ia dapat mengembalikan keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke pusat jagaan berikutan kes penderaan yang berlaku sebelum ini.

Tambah Nancy, langkah menutup taska yang terlibat dengan kes penderaan perlu diteliti secara mendalam kerana ia turut memberi kesan kepada ibu bapa yang bekerja dan menghantar anak mereka ke taska terbabit.

BERITA LAIN

Budaya bermaafan, elak sengketa

SETIAP kali Hari Raya Aidilfitri, ia peluang terbaik untuk meminta maaf atas segala kesalahan dalam sedar ataupun tidak. Walaupun ungkapan tersebut ringkas, tetapi ia mempunyai

Adab bertamu

UMAT Islam di Malaysia dijangka merayakan sambutan Aidilfitri pada Rabu ini, 1 Syawal 1445 Hijrah bersamaan 10 April 2024. Bermakna tamatlah perjuangan Ramadan yang penuh

Wanita perlu bijak kawal emosi

TIDAK dinafi kan, wanita memikul tanggungjawab besar sebagai isteri, ibu, penjaga keluarga, pengurus rumah tangga dan warga kerja negara. Di Malaysia, tenaga kerja wanita berdaftar

Bahang Aidilfitri semakin terasa

UMAT Islam menghitung hari untuk menyambut hari besar itu. Kini rancak di mana-mana, ramai yang sibuk membeli persiapan raya yang dijangka jatuh pada 10 April

KE MANA SELEPAS SPM?

SELEPAS tingkatan lima, umumnya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai melihat opsyen di pelbagai institusi pendidikan tinggi (IPT), khasnya universiti untuk menyambung pelajaran. Pelbagai pihak,

Sepakat soal pendidikan

LEBIH banyak persepakatan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri perlu dicapai untuk manfaat rakyat. Khamis lalu menyaksikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kuasa kepada Pengarah

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,