ARTIKEL

Seorang penduduk di Skim Penempatan Semula Stampin yang diserang monyet liar telah mendapatkan rawatan awal daripada Agensi Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Kes penduduk diserang monyet tuntut perolehan segera ubat bius untuk tangkap haiwan liar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) perlu segera meneliti perolehan ubat bius bagi menangkap haiwan liar, termasuk monyet dan ular, yang mengancam keselamatan masyarakat.

Michael Kong, selaku pembantu khas kepada Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Chong Chieng Jen, berkata, perkara itu timbul berikutan laporan tentang kes penduduk diserang monyet liar di Skim Penempatan Semula Stampin baru-baru ini.

Katanya, kejadian tersebut telah mendesaknya untuk menggesa JPVS agar mengambil tindakan segera terhadap masalah berkenaan.

“Kami telah dimaklumkan bahawa Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) telah membuat pesanan bagi ubat Zoletil, iaitu ubat yang diperlukan untuk memberikan bius kepada monyet liar supaya mereka ditangkap dengan selamat.

“Bagaimanapun, ubat itu hingga kini masih belum diterima walaupun pesanan pembelian dibuat seawal Mac lalu, dan kelewatan yang berpanjangan ini sememangnya tidak boleh diterima,” katanya.

Beliau berkata bahawa perolehan Zoletil perlu disegerakan untuk membolehkan Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengurus dan menyelesaikan masalah haiwan liar yang mengancam penduduk di Skim Penempatan Semula Stampin dengan berkesan.

Haiwan liar, seperti monyet dan ular, yang dikesan di Skim Penempatan Semula Stampin.

Jelasnya, ini kerana keselamatan dan kesejahteraan masyarakat menjadi keutamaan, dan kelewatan sedemikian dalam menangani kebimbangan keselamatan awam yang kritikal tidak boleh diterima.

Justeru, beliau menggesa JPVS mengambil tindakan segera bagi memastikan sumber yang diperlukan disediakan tanpa perlu melengahkannya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU