Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Kes penipuan kerja warga Sarawak di Kemboja masih dalam siasatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri

KUCHING: Enam warga Sarawak yang terkandas hampir empat bulan di Kemboja akibat ditipu sindiket pekerjaan masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, Polis Kontinjen Sarawak masih menyiasat kes tersebut dengan mendapat bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Kita masih menunggu perkembangan selanjutnya,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di IPK Sarawak, di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 119 kes penipuan pekerjaan dilaporkan membabit kerugian sejumlah RM1.5 juta.

Justeru, beliau menasihatkan masyarakat untuk berhati-hati dalam tawaran pekerjaan yang tidak wujud.

Jelasnya, ia merupakan salah satu modus operandi ditawarkan sindiket yang menjanjikan gaji yang lumayan.

Tambahnya, ia termasuk kes yang berlaku dalam negara seperti tawaran bekerja dalam platform e-dagang.

Terdahulu, keluarga keenam-enam mangsa telah membuat laporan polis pada 20 April dan 22 April susulan ahli keluarga mereka diperdaya untuk bekerja di Kemboja.

Mangsa yang terlibat berasal dari Daerah Kuching dan Padawan, berumur lingkungan 19 tahun hingga 39 tahun.

Sehubungan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak telah membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Manakala, Bahagian Urusetia/ Perundangan JSJK Bukit Aman telah mengambil tindakan melalui Interpol Bukit Aman di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 untuk mengesan mangsa-mangsa di Kemboja dan seterusnya menjalankan tangkapan ke atas ejen pekerjaan yang terlibat.

Pada 6 Mei lalu, keluarga mangsa memohon bantuan kepada Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang untuk meminta Kedutaan Malaysia dan Kedutaan Kemboja untuk bekerjasama menyelamatkan mangsa.

Khere Chiang pada sidang media itu turut memohon kedua-dua kedutaan untuk mengguna apa cara sekalipun untuk menyelamatkan mangsa.

Malah beliau berharap pihak polis dari kedua-dua negara turut bersama membantu menyelamatkan mangsa yang dikhuatiri dizalimi sindiket.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang