ARTIKEL

Kes remaja hamil di Sarawak meningkat 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak telah mencatatkan jumlah kes kehamilan remaja sebanyak 2,026 kes tahun lepas berbanding 1,536 kes pada tahun 2022, iaitu kadar peningkatan sebanyak 31.9 peratus.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 5.23 peratus (106 kes) adalah berumur dibawah 16 tahun dan 94.77 peratus (1,921 kes) pula berumur 16 tahun dan keatas.

Bagi status pendidikan katanya, sebanyak 96.89 peratus (1,963 kes) tidak lagi bersekolah semasa dilaporkan hamil.

“Daripada jumlah ini juga, 60.1 peratus (1,218 kes) tidak berkahwin semasa mereka hamil. 

Ini adalah peningkatan sebanyak 43.98 peratus (372 kes) berbanding tahun 2022 (846 kes). 

“Bahagian Kapit mencatatkan peratusan remaja hamil yang tertinggi (13.03 peratus); diikuti dengan Sri Aman (9.19 peratus); Sarikei (8.48 peratus); Betong (8.16peratus); dan Serian (8.05 peratus) “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Sehenti Kehamilan Remaja (OSTPC) di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini. 

Tambah Fatimah, sepanjang tahun lalu, sebanyak 765 kes remaja hamil telah dirujuk ke peringkat OSTPC Peringkat Bahagian untuk ditangani secara bersepadu mengikut Panduan Pengurusan Remaja Hamil di Sarawak. 

Daripada jumlah itu, jelasnya sebanyak 74.8 peratus (kes remaja hamil) telah dapat diselesaikan sepenuhnya.

LAIN-LAIN BERITA

Idea bernas bangunkan luar bandar

SARATOK: Ideologi politik pembangunan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud disifatkan sebagai pendekatan terbaik dalam pembangunan Sarawak. Ia diakui Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

BERITA TERBARU