ARTIKEL

Kes remaja hamil di Sarawak menurun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Statistik kehamilan remaja di Sarawak menunjukkan penurunan kepada 38.09 peratus bagi tempoh 2016 hingga 2022.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, jumlah remaja hamil menunjukkan penurunan daripada 2,481 kes pada tahun 2016 kepada 1,536 kes pada tahun lalu.

“Kita telah mula memberikan tumpuan kepada isu sosial ini pada tahun 2016. Dari segi statistik melalui perbandingan dengan negeri lain di Malaysia, Sarawak adalah paling tinggi kes remaja hamil.

“Oleh itu, kita mula menyediakan program Pusat Sehenti Komuniti untuk menangani masalah remaja hamil yang mana objektifnya untuk mengurangkan kadar kehamilan golongan tersebut.

“Mengurangkan kes pembuangan bayi dan memastikan remaja meneruskan persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penangguhan Program Ladies Talk ‘Wanita Dambaan Syurga’ di Pusat Penerangan Islam di sini, hari ini.

Datuk Seri Fatimah Abdullah merakam kenangan bersama penceramah program Ladies Talk ‘Wanita Dambaan Syurga’.

Tambah beliau, pada tahun 2016, kementeriannya telah membentuk jawatankuasa antara agensi untuk melihat secara keseluruhan masalah remaja terbabit untuk membantu dari segi kebajikan dan perkara lain.

Fatimah turut melahirkan rasa bersyukur kerana terdapat penurunan masalah sosial remaja hamil bagi tempoh terbabit selain menggalakkan lebih banyak Badan Bukan Kerajaan (NGO) membantu masalah sosial ini.

Dalam pada itu, jumlah remaja hamil bagi tahun 2022 mengikut bahagian ialah Kuching (371 kes), Miri (235), Sibu (192), Bintulu (183), Kapit(110), Betong(91), Samarahan (81), Sarikei (69), Sri Aman (62), Mukah (56), dan Limbang (49).

Mengikut peratusan pula, etnik tertinggi menyumbangkan kes remaja hamil tahun lalu ialah Iban (49.3 peratus), diikuti Melayu 21.4 peratus, Cina (7.3 peratus), Bidayuh (7.2 peratus), Melanau (3.4 peratus), Penan (3.1 peratus), Punan (2.6 peratus), dan Kedayan (0.8 peratus).

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit