ARTIKEL

Kes rogol ‘suka sama suka’ remaja bawah 16 tahun meningkat, membimbangkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah kes rogol membabitkan remaja bawah umur 16 tahun didapati meningkat sejak kebelakangan ini dan semakin membimbangkan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Beliau berkata, walaupun atas dasar persetujuan bersama, namun perbuatan yang dalam istilah undang-undang dirujuk sebagai ‘statutory rape’ itu, tetap diklasifikasikan sebagai kes rogol kerana melibatkan pelaku bawah umur.

“Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat peningkatan 202 kes iaitu 11.8 peratus tahun lepas berbanding pada tahun 2022,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata paling menggusarkan ialah kebanyakan kes melibatkan golongan B40, dan menurutnya antara faktor jenayah ini berlaku adalah kurang penyeliaan ibu bapa, selain akses mudah kepada bahan lucah di internet.

Katanya dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan mengawasi anak-anak serta perlu celik teknologi maklumat bagi mengawal penggunaan internet untuk mengelak daripada anak-anak mereka melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya.

Perubahan landskap komunikasi tanpa sempadan dan akses yang mudah memberi kesan ketara kepada golongan kanak-kanak sehinggakan boleh mengakses bahan-bahan terlarang tanpa kawalan dan akhirnya terjerumus dalam aktiviti yang tidak bermoral.

“Jika dahulu bahan lucah sukar didapati, namun kini semuanya di hujung jari sahaja, semua bahan ini mudah untuk akses di telefon pintar tanpa mengira usia,” katanya.

Shuhaily berkata, kecetekan ilmu dan kawalan ibu bapa dalam memahami kod kandungan laman sesawang yang dilayari oleh anak-anak memberi kesan yang negatif terutamanya apabila mereka membenarkan anak-anak pada usia seawal lima tahun untuk mengakses internet atas alasan untuk dijadikan bahan dalam pendidikan anak-anak.

Untuk mencegah masalah ini daripada menjadi barah dalam masyarakat, beliau berkata, polis tidak boleh bersendirian, sebaliknya ia memerlukan gandingan kerjasama semua pihak termasuk institusi keluarga, institusi pendidikan mahupun pembuat dasar untuk sama-sama menanganinya masalah ini.

“Dasar yang baik akan menzahirkan kelompok masyarakat yang baik,” katanya. – BERNAMA
KINABALU, 26 Feb (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun sempat diselamatkan oleh datuknya manakala seorang lagi rakannya dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di sungai berdekatan Kampung Panagatan dekat Keningau petang tadi.
Jainis Gampanga, 74, berjaya menyelamatkan Jackson Mark manakala Aloysius Alfred, 13, hanyut dibawa arus sungai yang kuat.
Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada 5.50 petang sebelum sekumpulan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 16 kilometer.
Kenyataan itu menyebut terdapat tiga lagi kanak-kanak, yang juga rakan kedua-dua mangsa, mandi di sungai tersebut.
“Mangsa lemas ada dua orang tetapi seorang kanak-kanak diselamatkan oleh datuknya sendiri dan seorang tidak dapat diselamatkan oleh kerana arus yang kuat,” menurut kenyataan itu.
Aloysius belum dijumpai dan pasukan bomba masih berada di lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat seterusnya untuk menjalankan operasi mencari serta menyelamat di kawasan mangsa dilaporkan hilang.
Menurut kenyataan itu, bomba akan mengemas kini maklumat berhubung insiden itu dari semasa ke semasa. 
— BERNAMA

BERITA LAIN

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU