ARTIKEL

Kes saman Puteri Sarah  dengan Ira Kazar selesai cara baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kes saman difailkan pelakon Puteri Sarah terhadap bekas madunya Ira Kazar dan dua ahli keluarga artis itu mencapai titik noktah apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik di luar mahkamah.

Perkara itu disahkan oleh peguam Puteri Ummi Kartini Abd Latif yang mewakili Puteri Sarah selaku plaintif ketika dihubungi selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norakhmar Mohd Sani semalam.

“Penghakiman persetujuan direkodkan di mana pihak-pihak telah menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah dan kes selesai,” kata peguam itu.

Sementara itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira dan keluarganya mengesahkan perkara itu. 

Penghakiman persetujuan bermaksud kes diselesaikan luar mahkamah dengan pihak-pihak bersetuju dengan terma penyelesaian.

Pada Jun 2022, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, memfailkan saman terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin atas dakwaan mengganggu rumah tangganya melalui media sosial.

Selain itu, turut disaman ialah kakak Ira iaitu Yasmin dan bapa mereka yang juga pelakon veteran, Kazaruddin Saisi.

Pada 14 Jun lepas, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Syamsul melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah pada 16 Jan lepas mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan hasil pernikahan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. — BERNAMA

BERITA LAIN

Saingan satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL: Seberang Perai, Pulau Pinang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan

PM Anwar ucap selamat hari lahir kepada Jokowi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat hari lahir kepada Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali dengan nama Jokowi. Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut

BERITA TERBARU