ARTIKEL

Kesan dan Cegah Kanser Payudara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kempen Kesedaran Kanser Payudara anjuran Medi Beaute.

KUCHING: Lebih ramai wanita digesa supaya tidak takut sebaliknya tampil untuk pemeriksaan payudara sebagai langkah pencegahan.

Pengarah Medi Beaute Kuching, Winnie Chen dan Pricilla Tan berkata, para wanita harus sentiasa berwaspada dengan ancaman kanser tersebut.

“Kesan kanser payudara lebih awal mungkin boleh membantu anda dan orang yang anda sayang,” kata Winnie semasa Kempen Kesedaran Kanser Payudara di Vivacity Megamall, 30 Oktober 2022.

Beliau menambah, walaupun Oktober merupakan bulan kesedaran kanser payudara, itu tidak menghalang usaha untuk terus meningkatkan kesedaran sepanjang masa.

“Mesej utama yang ingin kami sampaikan ialah pengesanan awal untuk pencegahan,” kata Pricilla.

Justeru, kempen Kesedaran Kanser Payudara anjuran Medi Beaute dengan kerjasama Kumpulan Sokongan Kanser
Payudara Sarawak (SBCSG) dan Hospital Pakar KPJ Kuching menarik lebih 1,000 pengunjung hadir memeriahkan program tersebut.

Selain itu, terdapat ceramah kanser payudara, kolesterol, diabetes dan hipertensi oleh penasihat SBCSG, Datu Dr Zulkifli Jantan dan ceramah kanser serviks oleh Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar KPJ Kuching Dr Wendy Loh.

Antara acara yang memeriahkan program tersebut ialah aktiviti zumba dan badut Uncle Jerry De Clown bersama-sama penduduk setempat.

Acara itu turut menyaksikan Medi Beaute menyerahkan cek berjumlah RM5,000 kepada SBCSG sebagai sumbangan aktiviti kebajikan.

(Dari kiri ke kanan) Winnie Chen (Pengarah Medi Beaute Kuching), Juriah Sulehan (Presiden SBCSG), Datu Dr Zulkifli Jantan (Pakar Perubatan Kesihatan Awam, SBCSG), Adela, (Wakil, KPJ Kuching), Audrey ( Kumpulan YSL), Eugene Chua (Queenie Jewellery), Johnson (Viva City Megamall), Pricilla Tan (Medi Beaute Kuching).

 

Penyampaian cek oleh Winnie Chen dan
Pricilla Tan, Pengarah Medi Beaute Kuching kepada Presiden Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Sarawak (SBCSG), Juriah Sulehan.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU