Trending

Kesan pengambilan KAFEIN BERLEBIHAN

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Kopi dan teh, minuman yang menyihatkan.

Kebanyakan minuman yang mengandungi kafein dapat membantu meningkatkan mood, metabolisme badan, dan prestasi fizikal. 

Kajian melaporkan bahawa pengambilan minuman tersebut selamat bagi kebanyakan daripada kita apabila diminum dalam kuantiti yang sedikit dan sederhana. 

Bagaimanapun, pengambilan kafein dalam kadar yang tinggi berkemungkinan mendatangkan kesan sampingan yang tidak diingini atau berbahaya. 

 Kafein dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan. 

Setiap dari kita mempunyai toleransi dan reaksi yang berbeza terhadap kafein kerana perbezaan genetik. 

Pengambilan kafein setiap hari, seperti segelas kopi setiap pagi mengakibatkan toleransi seseorang terhadap kopi bertambah dan ini mengurangkan kesan sampingan individu tersebut kafein sedikit demi sedikit.  

Umum mengetahui kafein dapat meningkatkan kepekaan dan keupayaan seseorang untuk fokus. 

Hal ini terjadi kerana kafein menyekat penghasilan adenosin, cecair kimia dari  otak yang menyebabkan seseorang itu berasa letih.  

Pada masa yang sama, kafein menyebabkan penghasilan adrenalin, iaitu hormon yang menyebabkan seseorang itu bertenaga. 

Akan tetapi, pada kadar dos yang tinggi, kesan yang dinyatakan terbabit menyebabkan perasaan gemuruh dan gelisah.  

GEMENTAR

Pengambilan kafein melebihi 1,000mg sehari dilaporkan menyebabkan rasa gementar dan kebimbangan pada kebanyakan individu, manakala pengambilan kafein kurang dari jumlah tersebut tetap menyebabkan gejala yang sama pada individu yang mempunyai sensitiviti tinggi pada kafein.  

Tambahan pula, pengambilan kafein secara berkala walaupun tidak banyak menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan kadar stres seseorang jika minuman berkafein tersebut dihabiskan sekali gus dalam satu hidangan. 

Walaupun kafein mempunyai kesan positif terhadap kesihatan seseorang, tidak dapat dinafikan pengambilan kafein secara konsisten terjadi kerana ia menjadi kebiasaan yang tidak dapat diubah dengan mudah kerana ketagihan. 

Kajian menunjukkan walaupun kafein mencetuskan penghasilan kimia otak yang sama seperti kesan kokain dan amfetamin, ia tidak menyebabkan ketagihan melampau. 

PSIKOLOGI

Akan tetapi, kesannya lebih kepada kebergantungan psikologi dan fizikal terhadap kafein pada kadar yang tinggi. 

Frekuensi pengambilan kafein setiap hari terjadi kerana kebergantungan seseorang yang terikat dengan stimulasi yang dihasilkan oleh minuman berkafein. 

Kajian melibatkan 213 pengamal minuman berkafein tegar menunjukkan mereka mengalami sakit kepala, keletihan, dan gejala “withdrawal” yang tinggi berbanding mereka yang tidak gemar minuman tersebut. 

Kajian ini dijalankan selepas mereka dikehendaki berhenti seketika untuk mengambil kafein selama 16 jam. 

Walaupun bahan ini tidak menyebabkan ketagihan nyata, jika anda sering mengambil kafein, ada kemungkinan anda bergantung dengannya kerana kesan kafein terhadap tubuh badan. 

Jika penggemar kopi atau teh cuba untuk berhenti mengambil minuman tersebut untuk beberapa jam, mereka mungkin mengalami gejala “withdrawal” kerana terbiasa mengambil kafein dengan banyak setiap hari. 

Sesetengah orang mengalami gejala seperti menggigil jika tidak dapat minuman berkafein yang diingini. 

 Walaupun jarang terjadi, gejala seperti kekeliruan, halusinasi dan rasa loya akan terjadi jika kafein diambil secara berlebihan. 

Dos berlebihan sering kali terjadi apabila kafein tersebut diambil dalam bentuk minuman tenaga dan pil diet. 

Pakar kesihatan menyarankan pengambilan minuman berkafein kurang empat gelas sehari untuk mengelak kesan negatif kafein yang dapat mengganggu kesihatan.  

adenosin

Kafein dapat meningkatkan tekanan darah tinggi dalam masa yang singkat selepas pengambilannya. 

Hal ini terjadi kerana penyekatan adenosin dan peningkatan jumlah adrenalin yang menyebabkan saluran darah lebih lebar daripada biasa. 

Perkara ini tidak menyebab-kan kesan berpanjangan terhadap tekanan darah dan bersifat sementara bagi kebanyakan orang. 

Tetapi bagi individu yang mempunyai kadar degupan jantung yang tidak sekata, kafein menyebabkan jantung bekerja lebih daripada kebiasaan. 

Oleh itu, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi dan penyakit jantung yang kronik, anda hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu mengenai pengambilan kafein agar selamat dari kesan negatifnya.  

Penting untuk semua tahu bahawa terdapat kaedah lain boleh dijadikan alternatif untuk meningkatkan tenaga dan kepekaan kita setiap hari selain pengambilan kafein. 

Antaranya pengambilan minuman kosong yang cukup, tidur yang berkualiti sekurang-kurangnya tujuh jam sehari, mengamalkan makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan, mengelakkan pengambilan makanan yang diproses dan bersenam secara konsisten.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru