Trending

KESEDARAN TIROID dalam kalangan wanita

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Masalah tiroid menakutkan ramai wanita tanpa mengira peringkat umur. 

Menurut kajian perubatan, sebanyak 3.4 peratus hypethyroidism dan 2.1 hypothyroidism peratus yang dilaporkan di Malaysia. 

Malah, wanita dikatakan memiliki lima kali lebih cenderung mengalami gangguan tiroid berbanding lelaki.

Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan sebab lebih ramai wanita mengalami penyakit ini.  

Bahkan tanda-tanda tiroid juga sering kali dikelirukan dengan masalah kesihatan lain.

Bagi menentukan penyakit tiroid, ujian darah perlu dijalankan, barulah pesakit mengetahui mereka mempunyai masalah gangguan hormon tiroid.

SUKAR KESAN GEJALA

Ini kerana, ramai wanita tidak menyedari mereka mempunyai penyakit ini berikutan tiada gejala serius ditunjukkan pada peringkat awal.

Untuk pengetahuan, tiroid ialah kelenjar organ yang berada di hadapan leher yang berfungsi menghasilkan hormon tiroid.

Hormon tiroid penting dalam mengendalikan metabolisma dan fungsi tubuh badan seseorang itu. 

Tiroid menghasilkan dua jenis hormon iaitu T4 dan T3. T4 — 99 peratus dihasilkan oleh tiroid yang kemudiannya diaktifkan dalam bentuk T3 untuk digunakan oleh sel tubuh badan.

Terdapat dua jenis masalah atau gangguan hormon tiroid iaitu hyperthyroidism dan hypothyroidism.

Hyperthyroidism terjadi apabila hormon tiroid dihasilkan secara berlebihan, manakala Hypothyroidism pula terjadi apabila tyroid kurang aktif dalam penghasilkan hormon. 

Bagaimanapun, perunding pakar endokrinologi Hospital Pakar KPJ Kuching, Dr Lau Bik Kui berkata hanya kurang daripada 10 peratus nodul tiroid iaitu ketumbuhan atau ketulan pada kelenjar tiroid ialah kanser.

Tegasnya tidak semua kes nodul tiroid memerlukan pembedahan.

Namun, ramai dalam kalangan pesakit tiroid berfikiran bahawa pembedahan wajib dilakukan sekiranya disahkan dijangkiti gangguan tiroid. 

Dalam pada itu, Dr Lau memberitahu dia sering diajukan dengan soalan yang sama berkenaan pembedahan tiroid tidak wajib.

Beliau akui ramai pesakit cemas apabila disahkan mengidap penyakit tiroid. 

Mungkin mereka beranggapan ketulan yang terdapat pada kelenjar tiroid berkenaan serius. 

Namun, masih ramai wanita tidak mengambil tahu tentang masalah ini. Masih ramai wanita tidak menyedari sekiranya mereka mempunyai penyakit ini berikutan tiada gejala serius ditunjukkan pada peringkat awal.

Malangnya, ada juga pesakit ambil mudah dengan simptom yang ditunjukkan sehingga berlaku komplikasi. 

Selalunya pesakit juga tidak menyedari sekiranya ada bengkak di leher disebabkan oleh goiter.

ELAK KOMPLIKASI LAIN

Gangguan tiroid tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi seperti gangguan nadi jantung yang tidak sekata (atrial fibrillation), tulang rapuh, mata, saraf mata, myxedema (pesakit boleh koma jika tidak dirawat) dan kemurungan.

Sempena sambutan Hari Tiroid Sedunia pada 25 Mei lalu, Dr Lau ingin memberi kesedaran kepada pesakit tiroid di luar sana bahawa pembedahan tidak wajib dilakukan sekiranya ketulan tersebut bukan didiagnosis sebagai kanser. 

Ujarnya, terdapat rawatan berlebihan — pembedahan yang tidak perlu dilakukan pada nodul tiroid membawa kepada banyak komplikasi lain.

Dr Lau mahu mengelak pembedahan tiroid yang tidak perlu sehingga boleh menyebabkan hipotiroidisme atau keadaan apabila badan anda kekurangan hormon tiroid.

Selain itu, orang ramai khususnya wanita yang mempunyai tanda awal penyakit supaya segera melakukan pemeriksaan di hospital berdekatan.

Penyakit ini juga boleh menganggu emosi dan rutin harian jika tidak dirawat segera.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru