Keseimbangan kesihatan dan ekonomi jadi keutamaan k’jaan PN

SARATOK: Cabaran untuk menyeimbangkan antara usaha melindungi nyawa dan menjamin kehidupan rakyat menjadi tumpuan utama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju memberitahu, kerajaan telah mengambil langkah yang berani dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menyediakan pakej rangsangan ekonomi yang terbesar dalam sejarah.

“Tumpuan utama Kerajaan PN untuk mencari keseimbangan antara melindungi nyawa dan menjamin kesejahteraan rakyat.

“Justeru dengan langkah kawalan PKP dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, serta menjayakan Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, saya yakin negara akan berjaya memerangi pandemik dan melandaikan jangkitan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata demikian dalam maklum balas terhadap Majlis Amanat Perdana Kerajaan PN, hari ini.

Suara Sarawak