ARTIKEL

Yusuf ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama ahli Majlis Daerah Sarikei, pada Selasa.

Kesejahteraan rakyat kayu ukur prestasi PBT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Komitmen tinggi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam melaksanakan tanggungjawab mereka di kawasan masing-masing merupakan asas penting dalam memastikan pelaksanaan projek kerajaan berjalan teratur dan sempurna.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab berkata, ahli majlis perlu sentiasa meletakkan agenda membangunkan komuniti serta meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan masyarakat sebagai matlamat utama ketika merancang dan melaksanakan tugas.


Pada masa yang sama katanya, mereka juga membantu dalam penyelesaian aduan oleh penduduk dan melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta mempunyai pengetahuan mengenai dasar-dasar majlis di samping menjadi sumber rujukan.

“Bagi saya, kesejahteraan dan keselesaan masyarakat itulah kayu ukur prestasi setiap ahli majlis, jika penduduk selesa itu, bermakna mereka gembira dan ahli majlis menjalankan tugas dengan sempurna.

“Kita juga tidak boleh menafikan peranan mereka semakin mencabar, keperluan rakyat semakin bertambah.

Yusuf ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama ahli Majlis Daerah Sarikei, pada Selasa.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

PCS diterima sebagai parti komponen GRS

KOTA KINABALU, Sabah: Parti Cinta Sabah (PCS) hari ini diterima sebagai parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.

BERITA TERBARU