ARTIKEL

Kesemua PPS di Limbang telah ditutup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir di Limbang ditutup pada jam 2 petang tadi.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Sulaiman Salama, dua PPS terakhir di Limbang adalah Dewan Masyarakat Serbaguna Buloh Baloi dan di Dewan Masyarakat Kampung Bidang

“Terdahulu, Dewan Masyarakat Serbaguna Buloh Baloi menempatkan 14 mangsa daripada empat keluarga,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Sulaiman, PPS kedua iaitu Dewan Masyarakat Kampung Bidang yang dibuka pada 22 Mei lalu apabila menempatkan 38 mangsa banjir daripada 13 keluarga turut ditutup.

Kawasan utara Sarawak dilanda banjir lima hari lalu yang turut menjejaskan daerah Lawas.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU