ARTIKEL

Kesepakatan capai kemajuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Dana kekayaan kedaulatan Malaysia, Khazanah Nasional Bhd perlu membina kesepakatan dengan pihak berkepentingan untuk mencapai kemajuan yang bermakna dalam isu-isu kompleks seperti perubahan iklim, keterjaminan makanan dan pembangunan ekonomi.

Pengarah Urusannya, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata tiada satu entiti, walaupun berkuasa atau berpengaruh, dapat mengatasi isu ini dengan sendiri.

Ia memerlukan rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk komuniti tempatan, kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), untuk mencapai persetujuan untuk bergerak ke hadapan dalam sesuatu hala tuju, katanya dalam ucapan pada Khazanah Megatrends Forum (KMF) 2023 selama dua hari, di sini hari ini.

Forum itu, yang diadakan secara hibrid, membawa tema “Our Next Episode: Orchestrating a Development Bargain for Sustainable Growth.”

“Saya percaya tema ‘Our Next Episode’ memaparkan keyakinan kami bahawa kami kini bersedia untuk bergerak ke hadapan dalam apa jua situasi yang akan datang tetapi, pada masa yang sama, kita perlu melakukannya dengan tujuan, dengan niat, dan yang paling penting, kita perlu melaksanakannya secara bersamasama,” kata Amirul Feisal.

Beliau juga berkata adalah mustahil untuk mengasingkan ekonomi dan politik di manamana di dunia berikutan kedua-duanya perlu seiringan.

“Tambahan pula, setiap dasar mempunyai keseimbangan yang akan memberi manfaat kepada kumpulan A pada kos kumpulan B. Mengimbangi manfaat dan kos tersebut memerlukan perspektif ekonomi dan politik.

“Kita mungkin sering mendengar kenyataan seperti ‘Dasar ekonomi ini sempurna, tetapi anda tahu lah, politik menjadi penghalang.’ Tetapi realitinya, ekonomi dan politik berjalan seiring,” katanya.

Sementara itu, Amirul Feisal berkata dalam melaksanakan matlamat strategik keseluruhan ‘Memajukan Malaysia’, Khazanah perlu memastikan pewujudan nilai dalam syarikatnya yang mempunyai pegangan saham yang besar dan melabur secara strategik dalam menyelesaikan isu yang dihadapi Malaysia melalui dana impaknya atau Dana Impak.

Beliau berkata ia juga perlu menjana pulangan terlaras risiko yang kukuh daripada operasi pelaburan globalnya dan memberikan nilai masyarakat kepada pihak berkepentingan utamanya, rakyat Malaysia.

Menyedari bahawa ia adalah sebahagian daripada ekosistem yang lebih luas, katanya Khazanah perlu bekerjasama dengan syarikat swasta, kerajaan, pengawal selia, pengurus dana, yayasan, NGO, ahli akademik dan banyak lagi.

KMF 2023 menampilkan 29 penceramah dan perbincangan panel yang meneliti tema dari perspektif pasaran, firma, masyarakat dan orang ramai.

Forum itu, yang diadakan buat kali ke-18 sejak diperkenalkan pada 2005, merangkumi perbincangan yang inovatif dan kreatif mengenai kuasa yang membentuk dunia dan terutamanya impaknya terhadap Malaysia. — BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Bursa catat positif dalam dagangan awal

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatatkan positif selepas merosot selama dua hari berikutan aktiviti pengambilan untung.  Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.49

Syarikat S’wak sertai pameran Gulfood Dubai

KUCHING: Sebanyak lapan syarikat di bawah Program Gate to Global (GTG) MARA menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pameran di

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

BERITA TERBARU