ARTIKEL

BARU... Lee Kim Shin (dua kiri) bersama tetamu kehormat lain semasa majlis perasmian Hotel City Rise di sini hari ini.

Kesesakan ICQS Sungai Tujoh perlu diselesaikan segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh berfungsi sebagai pintu masuk yang amat penting bagi Sarawak, namun isu kesesakannya memerlukan penyelesaian segera.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shin, berkata hal ini susulan daripada keluhan serta aduan yang beliau terima daripada orang ramai yang menggunakan laluan tersebut khususnya pelancong dari luar.

“Baru-baru ini sebuah syarikat dari Korea Selatan menemui saya dan memberitahu saya bahawa beliau membawa masuk kira-kira 100 warga Korea untuk belajar bermain golf di Eastwood, namun beliau kecewa kerana terpaksa beratur sehingga tiga jam untuk melimpasi ICQS Sungai Tujoh.

“Saya juga telah menerima maklum balas semasa perayaan dan hujung minggu daripada warga tempatan dan juga warga Brunei bahawa mereka terpaksa beratur selama tiga hingga lima jam di ICQS berkenaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hotel City Rise di sini hari ini.

Justeru itu katanya, kementeriaannya iaitu Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengkaji masalah itu dan mengemukakan beberapa cadangan mengenai langkah-langkah pemulihan isu tersebut.

Baca lain  Kucing jalanan turut dibantu

“Saya telah melawat ke ICQS Sungai Tujoh pada awal Januari untuk melihat bagaimana kami boleh menyelesaikan serta membaik pulih keadaan di ICQS tersebut pada masa yang singkat sementara menunggu ia dinaik taraf.

“Selain itu, saya juga telah memaklumkan mengenai isu ini kepada Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan beliau secara peribadi akan pergi ke sana tidak lama lagi bagi mengenal pasti cadangan pembaikan jangka pendek dan juga pelaksanaan pantas dan sesuai kepada isu ini.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,