Trending

Kesesakan teruk di Tedungan ketika musim perayaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Sudah menjadi kebiasaan sempadan penghubung antara negara Malaysia dengan negara Brunei di Limbang iaitu Tedungan sibuk ketika musim perayaan.

Salah seorang pengguna yang terperangkap dalam kesesakan di sempadan itu, Julaihee Dison berkata, kesesakan teruk sehinggakan pengguna terpaksa beratur panjang.

Menurutnya, kesesakan di Tedungan akan menjadi sangat teruk pada musim perayaan terutamanya hari raya.

Katanya, sudah menjadi tradisi sejak dari dulu lagi masyarakat Limbang atau Brunei pergi melawat sanak saudara mereka di negara jiran.

“Saya bersama keluarga memang setiap tahun akan pergi menziarahi keluarga di Brunei untuk bersama-sama meraikan hari raya.

“Masyarakat Limbang dan Brunei sebenarnya seperti sebuah keluarga yang terpisah oleh sempadan antara dua buah negara,” katanya.

Beliau yang juga Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Limbang menasihatkan kepada semua pemandu yang ingin ke negara jiran agar merancang perjalanan dengan bijak.

“Sebaiknya pergi di waktu yang kurang kesesakan seperti pada awal pagi ataupun dapatkan dulu info keadaan di sana,” katanya.

Tambahnya, pastikan kereta berada dalam keadaan yang baik.

“Periksa kereta terlebih dahulu kerana terperangkap dalam kesesakan yang lama akan menimbulkan pelbagai masalah kereta seperti enjin panas atau sebagainya.

“Selain itu, dapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru