ARTIKEL

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke Sukan Olimpik Paris 2024, ekoran kecederaan dialaminya.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata sebaliknya Tze Yong, yang dijadual menyertai dua kejohanan kelayakan Olimpik iaitu Terbuka Perancis pada 5 hingga 10 Mac diikuti All England pada 12 hingga 17 Mac depan, diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.

Tze Yong disahkan mengalami kesakitan tulang belakang akibat kecederaan dialami sewaktu Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Shah Alam, Selangor, minggu lepas. 

“Seperti kita sedia maklum, beliau mengalami kecederaan yang agak serius. Tentu sahaja kita harap kecederaan ini tidak akan halang penglibatannya untuk meneruskan kejohanan kelayakan Olimpik.

“Namun kita meletakkan kesihatan Tze Yong lebih penting daripada kelayakan tersebut. Kita tak mahu sekiranya beliau dibenarkan bertanding, akan menyebabkan kecederaan yang berkekalan serta susah dirawat,” katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, di sini hari ini.
 
Dalam pada itu, BAM dalam satu kenyataan, mengesahkan Tze Yong membuat keputusan untuk tidak beraksi pada kedua-dua kejohanan kelayakan tersebut bagi menjalani rawatan kecederaan dilaminya.

Menurut BAM, setelah berunding dengan pasukan perubatan, Tze Yong bersetuju untuk mengutamakan proses pemulihan dan akan menjalani pembedahan di bahagian belakangnya pada minggu hadapan.

“Pembedahan kecil ini dijangka menghalangnya daripada beraksi selama dua hingga enam minggu. Tumpuan kami adalah pada rawatan dan proses pemulihan Tze Yong.

“Apabila dia pulih, kami akan bincang tindakan seterusnya. Buat masa ini, kami mahu dia menumpukan perhatian untuk merawat dan pemulihan daripada kecederaan ini,” kata Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky. – BERNAMA

BERITA LAIN

Darwin Nunez ‘hilang arah’ di Liverpool

KEUPAYAAN penyerang Liverpool, Darwin Nunez, selalu dibahaskan di Anfield tetapi beliau sering bejaya menghasilkan jaringan bagi kelab Merseyside itu. Ketika membahaskan kekalahan 3-0 Liverpool di

Pecahkan dominasi JDT musim ini – Azman Adnan

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak Selangor, Azman Adnan, meletakkan harapan supaya pasukan lain mampu memberi tentangan terus-menerus kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang musim baharu

BERITA TERBARU