ARTIKEL

Kesilapan lazim pekebun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BERKEBUN sangat menguntungkan jika dilakukan secara teratur dan disiplin., lebih-lebih lagi kos sara hidup kini tidak lagi seperti beberapa tahun lalu.

Oleh itu, setiap keluarga amat digalakkan mempunyai kebun sendiri bagi menjimatkan kos bahan dapur seperti sayursayuran atau buah-buahan.

Kita tidak perlu khuatir dengan hasil tanaman sendiri.

Berbeza dengan sayur-sayuran yang dibeli di pasar, kita tidak tahu sama ada bahan baja yang digunakan selamat untuk dimakan atau tidak.

Apabila hasil tanaman berbuah, kita juga gembira melihat hasil tanaman sendiri.

Namun, ada beberapa kesilapan yang perlu dielak untuk memastikan kebun mengeluarkan hasil

TIADA PERANCANGAN

Tiada perancangan antara kesilapan serius yang tidak patut dilakukan oleh pekebun.

Perancangan merupakan langkah penting sebelum melaksanakan sebarang aktiviti, termasuk berkebun.

Apabila pekebun tidak menjalankan pelan kebun sewajarnya, ia seakan-akan meletakkan dirinya dalam risiko besar dan berpotensi mengalami kerugian.

Tanpa perancangan, pekebun mungkin menghadapi kesukaran dalam mengurus ruang, sumber dan waktu dengan baik.

Pekebun berisiko mengalami pembaziran sumber, tanaman terbantut atau hasil yang tidak memuaskan.

Baca lain  Terdedah isu sosial

LOKASI TANAMAN TIDAK SESUAI

Pemilihan lokasi yang tepat untuk tanaman antara faktor penting dalam pembesaran pokok.

Faktor tersebut melibatkan jenis tanah, kecerunan tanah, kadar aliran air, cahaya matahari dan perlindungan daripada angin.

Tanaman yang ditanam di lokasi yang tidak sesuai mungkin menghadapi kesulitan dalam menyerap nutrien, air dan cahaya matahari.

Kesannya, pertumbuhan tanaman terjejas serta hasil kurang memuaskan atau kecacatan pada tanaman.

Justeru, pemilihan lokasi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam berkebun.

Dengan memilih lokasi sesuai, pekebun dapat memastikan pertumbuhan dan hasil tanaman lebih baik.

SUMBER AIR TERLALU JAUH

Tiada sumber air mencukupi menjadi ancaman buat tanaman.

Jika sumber air terletak terlalu jauh, pekebun mungkin menghadapi kesulitan dalam menyediakan sistem pengairan yang mencukupi.

Kekurangan air boleh menyebabkan kematian tanaman atau pertumbuhan tidak subur, seterusnya memberi kesan negatif kepada hasil pertanian secara keseluruhan.

Penting bagi pekebun untuk memilih lokasi tanaman yang mempunyai sumber.

Jika keperluan pengairan tanaman dapat dipenuhi dengan baik, maka hasil pertanian meningkat.

Baca lain  JIMIN BTS pecah rekod satu juta jualan

TANAMAN TERLALU RAPAT

Tanaman terlalu rapat boleh mengganggu pertumbuhan tanaman.

Hal ini disebabkan oleh persaingan antara tanaman untuk mendapatkan sumber seperti air, nutrien dan cahaya matahari.

BERITA LAIN

Lokasi wajib dikunjungi di Miri

MIRI terkenal dan menjadi tumpuan sebagai bandar raya kaya dengan hasil bumi seperti petroleum serta gas asli di Sarawak. Miri juga mempunyai banyak lokasi menarik

Lebih santai, pelanggan selesa

Pada awalnya bermula secara sambilan, kemudian dilihat memiliki potensi setelah isi kandungan tersebut mendapat perhatian pelanggan. “Alhamdulillah, setiap bulan ada pihak yang mendapatkan khidmat mencipta

TWFTY studio gambar kendiri

BERMULA sekadar hobi, aktiviti merakam video kandungan media sosial kini menjadi kerjaya menjana pendapatan. Pengarah TWFTV Studio, Muhammad Nur Faiq Mohamad berkata, dia tidak menyangka

Sedia panduan tepat untuk remaja

DALAM usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai kesihatan reproduktif dan pendidikan seksualiti dalam kalangan kanak-kanak, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Desa Ilmu baru-baru ini bekerjasama

BERITA TERBARU