ARTIKEL

Kestabilan politik bantu pemimpin Sarawak fokus pembangunan – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Keadaan politik yang stabil dan suasana kehidupan masyarakat pelbagai kaum yang aman, menjadi antara ramuan utama yang membolehkan pemimpin di Sarawak memberikan tumpuan penuh kepada program pembangunan negeri itu.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keadaan itu juga membolehkan Sarawak mencapai visinya untuk menjadi sebuah wilayah berpendapatan tinggi, menjelang 2030.

“Kita dapat melaksanakan tugas dengan baik. Kita boleh fokus. Kalau keadaan politik kita tidak stabil, (pemimpin akan) sentiasa melihat ke belakangnya sahaja, takut orang nyetep you, you gugok (takut orang membentes anda dan anda jatuh),” katanya pada Majlis Perasmian Naik Taraf Masjid Al-Muttaqqin pada Jumaat.

Abang Johari berkata, kestabilan tersebut tercapai apabila kerajaan Sarawak mengambil pendekatan menjaga kebajikan rakyat, bukan sahaja mereka yang beragama Islam bahkan mereka yang bukan beragama Islam dengan penubuhan Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR).
Beliau berkata hasil daripada fokus yang diberikan terhadap pembangunan ini, Sarawak telah diiktiraf sebagai wilayah yang berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia, dengan pendapatan terkininya mencecah RM13 bilion sehingga menimbulkan rasa cemburu sesetengah pihak.

Abang Johari berkata pada masa yang sama, Sarawak menekankan keseimbangan di dalam pembangunan yang dilaksanakannya dengan menumpukan perhatian kepada penjagaan alam sekitar.

“Inilah sebabnya Sarawak menumpukan kepada pengeluaran hidrogen sebagai tenaga yang boleh diperbaharui,” katanya sambil menambah usaha itu tidak terhenti di situ apabila kerajaan negeri sudah mula meneroka penghasilan elektrik hijau dengan menggunakan solar terapung, di Empangan Batang Ai.

Abang Johari berkata, empangan tersebut berkeluasan 8,500 hektar dan sekiranya hanya 60 peratus digunakan, Sarawak dapat mengeluarkan sehingga 2,000 megawatt tenaga elektrik.

Menyentuh te pembangunan di kawasan Lembah Rajang di kawasan tengah Sarawak, beliau berkata, tiga jambatan iaitu Jambatan Batang Rajang, Jambatan Batang Lassa dan Jambatan Batang Paloh, dijangka siap tidak lama lagi.

Abang Johari berkata, penyiapan infrastruktur ini membolehkan aktiviti ekonomi di kawasan itu ditingkatkan, khususnya dalam kegiatan penanaman padi berskala besar menggunakan teknologi baharu.

Sementara itu, Masjid al-Muttaqqin yang tdinaik taraf dengan peruntukan RM9.5 juta itu, mampu menempatkan 2,500 jemaah pada satu-satu masa dan Ketua Menteri turut mengumumkan peruntukan tambahan RM1.5 juta untuk menaik taraf pagar masjid berkenaan.
– Bernama

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat

BERITA TERBARU

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana