ARTIKEL

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir pada ‘ 101st Asia Friendship Dinner (Ostasiatisches Liebesmahl) di Hamburg, Jerman pada 15 Mac 2024. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY

Kestabilan politik, dasar jelas tarik minat pelabur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HAMBURG: Malaysia berjaya mencapai minat pelaburan baharu dengan potensi nilai RM45.4 bilion hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman yang berakhir Jumaat.

Anwar berkata pelabur Jerman dan juga dari negara Eropah lain yakin dengan Malaysia disebabkan kestabilan politik, dasar yang jelas dan kecekapan jentera kerajaan dalam proses kelulusan projek.

“Insentif (yang ditawarkan) dalam persaingan hampir sama dengan negaranegara jiran.

Tapi yang menarik mereka nampaknya ialah kestabilan politik, dasardasar yang jelas dan kesediaan kita bekerja sebagai satu pasukan dalam mempercepat proses kelulusan projek-projek,” katanya dalam sidang media pada akhir lawatan enam hari beliau ke Berlin dan Hamburg

. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dasar Malaysia berkaitan peralihan tenaga juga membantu menarik pelaburan baharu

. “Misalnya dasar-dasar hijau kita, transisi tenaga dan tenaga boleh baharu, penyelidikan dalam bidang hidrogen, solar. (Perkara) Itu bila kita tekankan dengan sendirinya menarik perhatian mereka untuk melabur di Malaysia,” katanya.

Semasa di Berlin, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatan beliau, Canselor Olaf Scholz selain bertemu Naib Canselor Jerman merangkap Menteri Ekonomi dan Tindakan Iklim, Robert Habeck, serta mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier.

Baca lain  Industri gaharu catat prestasi kukuh

Anwar juga berkata dasar luar Malaysia yang lebih pragmatik termasuk hubungan yang baik dengan negara seperti Amerika Syarikat, negara zon Eropah, China, Jepun dan Korea Selatan juga membantu menarik pelaburan.

“Ini sangat membantu dalam soal ketegangan Amerika (Syarikat) dengan China.

Nampak mereka rasa Malaysia mampu menjadi tempat pelaburan yang dapat mengurangkan isu ketegangan antara dua negara tersebut,” katanya.

Beliau berkata pertemuan turut berlangsung dengan 38 peneraju industri dari Jerman, Belgium, Perancis dan Belanda yang memberikan komitmen untuk sama ada membuat pelaburan baharu atau meningkatkan pelaburan sedia ada di Malaysia.

Antara peneraju syarikat utama yang ditemui Perdana Menteri di Berlin dan Hamburg ialah dari X-Fab Silicon Foundries, Melexis, Infineon Technology, Schott AG, Siemens Energy, Nexperia dan Airbus.

Menurut beliau, X-Fab membuat pelaburan besar di Sarawak manakala Infineon yang bertapak sejak lima dekad di Malaysia akan menambah pelaburan sebanyak lima juta euro.

“Semua ini dapat kita capai disebabkan hubungan baik dengan pemimpin-pemimpin Jerman.

Baca lain  Bekalan keperluan asas mencukupi

Walaupun ada beza pendapat isuisu tertentu seperti Gaza (namun) dari segi diplomatik dan ekonomi amat baik.

“Liputan media antarabangsa seperti Financial Times dan New York Times yang anggap Malaysia sebagai pusat perkembangan elektronik dan semikonduktor dunia juga membantu usaha kita,” katanya.

Syarikat aeroangkasa Airbus pula bersedia membeli produk dan perkhidmatan bernilai RM1.4 bilion dari Malaysia untuk Jerman dalam tempoh lima tahun akan datang, kata beliau. – Bernama 

BERITA LAIN

Syarikat M’sia yakin penuh dengan pasaran China

HAIKOU: China mempunyai jumlah penduduk antara tertinggi di dunia dan pasaran penggunaannya mempunyai daya tarikan besar, kata Penolong Pengerusi Persatuan Perniagaan Antarabangsa Promas Malaysia (Promas), Datin

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh