ARTIKEL

Kestabilan POLITIK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JIKA dari sudut politik, kita boleh mempelajari bagaimana kekuatan dan kesepakatan Kerajaan Negeri bersama-sama Kerajaan Persekutuan mampu menjelmakan kestabilan politik.

Dari sudut industri korporat dan pasaran niaga pula, lebih menarik kerana perkara yang wajar diteladani melalui pendekatan yang diambil oleh Sarawak. 

Kerjasama yang diperhalus dan diperkemas bersamasama Petronas misalnya, tidak hanya berfokus kepada kemajuan industri berasaskan sumber minyak dan gas, tetapi mencakupi pelbagai bidang kemajuan dan sosiopembangunan seluruh pelosok negeri Sarawak.

Keupayaan dan pengalaman luas berserta kukuhnya prestasi Petronas di persada global seharusnya menjadi kriteria kukuh untuk usaha sama rakan niaga melalui persefahaman yang bersifat saling menang.

Apatah lagi dengan keberadaan Petros dijangka menjana keberhasilan berpanjangan dan lestari melalui prospek ekonomi masa depan.

KERJASAMA STRATEGIK

Jika kesepakatan yang dicari dan kerjasama strategik dapat dicapai, kekuatan kita berkali ganda daripada keupayaan berdiri atau berjalan sendiri.

Usaha sama strategik dalam meneroka cabang ekonomi baharu seperti tenaga diperbaharui dan ekonomi hijau adalah suatu langkah yang berhati-hati dan tidak bertindak sendirian, malah bijak mengambil manfaat melalui keupayaan rakan niaga yang kukuh dari segi reputasinya.

Dalam menangani pelbagai cabaran dunia global hari ini, isu seperti kesan iklim sejagat, keterjaminan makanan, infl asi dan krisis ekonomi, ancaman wabak dan kesihatan, dan sebagainya, lebih mudah ditangani melalui kerjasama semua pihak berkaitan.

Keterlibatan setiap pihak dalam menaik taraf pembangunan sosioekonomi seluruh negeri Sarawak perlu dijadikan komitmen bersama untuk masa depan yang lebih kukuh dan terjamin.

Pepatah menyebut ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’, lantaran itu, anasir atau tindakan yang boleh merosakkan kemuafakatan ini adalah ancaman utama kemajuan yang ingin dikecapi.

ERA TEKNOLOGI

Apatah lagi era teknologi tanpa batas, unsur prejudis, wasangka juga ideologi boleh dikongsi bebas sehingga menjadi mudarat yang paling merugikan.

Pasti ada cabaran dan cubaan yang mengelirukan, malah ingin mengganggu gugat kesefahaman, keyakinan juga kepercayaan mana mungkin dicetus oleh persaingan dan sebagainya.

Lantaran itu, amat penting kesefahaman ini dipupuk dan dijaga kerana impak dan nilainya bukan kecil.

Bagi yang terbuka akal fi kirannya, pasti dapat menghubungkan perkaitan akan nilai kesepakatan dan kerjasama yang kukuh dengan harga dan urus niaga kita pada masa depan.

Pastinya, kerjasama yang terjalin hari ini merupakan landasan kukuh menyokong pencapaian dan kejayaan akan datang.

Dalam kata lain, usaha sama inilah sebenarnya membawa kepada penjanaan nilai masa depan yang kita harapkan dalam konteks kemajuan pelbagai bidang juga kemakmuran serta kestabilan jangka panjang.

Membuka tirai 2024 nanti, harapan kita tentunya ingin melihat kemajuan dan kemakmuran yang lebih stabil dinikmati.

Oleh itu, kepercayaan, kesepakatan dan muafakat dalam usaha sama berpotensi tinggi harus kita jaga sebaiknya dengan matang dan bertanggungjawab.

Sebagai anak Sarawak, perjalanan kita masih jauh.

Banyak lagi yang perlu kita usahakan dan ingin dicapai pada 2024 dan tahun mendatang.

Sama-samalah kita memberi erti dan bakti sewajarnya dalam hubungan kerjasama ke arah kemakmuran hari esok.

LAIN-LAIN BERITA

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

Persediaan Ramadan

BERTEMAKAN I am the best Muslim, anak-anak penduduk di Taman Sri Makmur mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Wanita Ikram Kuching, Sabtu lalu. Program ini merupakan

Cantik, serba boleh

Kemuncak acara menyaksikan Jesseca Long dari Singapura dinobatkan sebagai Miss Global Asian 2024 oleh Miss Global Asian 2023, Gliyam Cundangan dari Filipina. Manakala, Dyan Shane

Pesona Jelitawan Asia

SEBAGAI landasan memperkasa wanita Asia dari seluruh dunia, Tiara Management dan Leading Management komited menganjurkan pertandingan Ratu Cantik Global Asian di Hyatt Place Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil