ARTIKEL

Ghazali Bujang Presiden OAPTAR Cindy Biding (tengah baju kebaya hijau) merakam kenangan bersama-sama Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah (baju melayu warna merun tengah) dan tetamu terhormat yang lain.

Ketagihan boleh ‘diubati’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Organisasi Rawatan dan Pemulihan Pencegahan Ketagihan (OAPTAR) berharap dapat bekerjasama rapat bersama-sama media dalam memberi kesedaran berkaitan “ketagihan bukan masalah personaliti dan moral”.

Presiden OAPTAR Cindy Biding berkata, kebanyakan stigma masyarakat adalah berkaitan masalah kegagalan dalam personaliti dan moral.

“Saya tegaskan bahawa ketagihan tiada kaitan dengan stigma tersebut, ketagihan adalah sebuah penyakit yang boleh diubati.

“Saya berharap agar rakan media dapat bekerjasama rapat dalam memberi kesedaran kepada masyarakat supaya dapat memecahkan tembok stigma tersebut,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya mempunyai masalah dengan mana-mana ketagihan, individu tersebut ada harapan untuk sembuh dan boleh menjalani kehidupan yang bermakna serta produktif seperti orang lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU