Ketagihan kopi melampau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SETIAP keluarga pasti mempunyai minuman ‘rasmi’ di rumah, sama ada kopi atau teh.

Tidak kira dicampur susu atau gula, kedua-dua minuman ini menjadi pilihan kebanyakan keluarga.

Memang tidak dinafikan terdapat minuman lain menjadi pilihan seperti coklat atau susu segar, namun ia bukan kegemaran ramai.

Ketika kecil, keluarga saya sendiri memilih teh sebagai minuman wajib, manakala kopi sekali-sekala sahaja akan naik ke rumah.

Jika kopi dibeli, biasanya ada majlis tertentu akan diadakan di rumah atau ada tetamu yang datang.

Ketika menginjak usia dewasa saya mula berminat dengan minuman berasaskan kopi dan ia menjadi pilihan setiap hari tidak kira ketika sarapan, makan tengah hari atau makan malam.

Setiap pagi memang wajib menikmati kopi kerana ia menyegarkan.

Kita sedia maklum, setiap hari peminat kopi akan bertambah dan golongan peniaga turut bijak mengambil peluang dengan membuka pelbagai konsep kedai menjual kopi tidak kira moden atau klasik

Keadaan ini membuatkan ramai dalam kalangan kita lebih memilih kopi berbanding teh.

Bagi mereka yang tidak dapat jauh dengan kopi, ia berkemungkinan besar tanda anda mengalami ketagihan.

Fenomena ini adalah sangat lazim sekarang, sehinggakan tidak meminum kopi boleh dikira sebagai gangguan kesihatan mental.

Anda boleh ketagihan kafein jika minum paling kurang 100 miligram atau bersamaan secawan kopi setiap hari. Badan anda sudah biasa dengan perangsang ini, jadi anda akan mengalami perubahan pada diri jika tidak meminumnya.

Jika anda berasakan kepala berdenyut semasa bangun tidur, anda mungkin memerlukan secawan kopi dengan segera.

Ini kerana badan anda terhidrasi kerana tidak menerima air dalam tempoh beberapa jam.

Pengambilan kafein berlebihan boleh menyebabkan kekejangan otot terutama bahagian betis dan paha.

Anda juga akan mengalami sindrom kaki keletihan yang menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan pada kaki terutama pada waktu malam

Anda mungkin akan menjadi pemarah jika tidak minum kopi dan ia adalah tanda anda bergantung kepadanya secara berlebihan.

Badan kita memerlukan tahap serotonin dan dopamine secukupnya untuk berasa gembira dan jika kekurangan kedua-dua ini, ia akan menyebabkan tanda kemurungan.

Tidak minum kopi juga bermakna anda tidak mengambil dos perangsang kuat. Kesannya sesetengah orang akan merasa jantung menjadi laju, malah berdebar-debar.

Pengambilan kopi dapat meningkatkan tekanan darah, jadi dengan tidak mengambilnya akan memberikan kesan sebaliknya iaitu menyebabkan tekanan darah rendah.

Apabila tekanan darah menurun, anda akan mengalami ketidakseimbangan, lemah badan atau tidak bermaya.

Selain itu, kafein meningkatkan kadar degupan jantung dan pengaliran darah dalam badan selain meningkatkan suhu badan.

Sekiranya tidak mengambil kafein, mungkin akan berlaku perubahan suhu badan secara tiba-tiba dan kesejukan.

Jika jadual tidur anda tertanggu, ia mungkin disebabkan pengambilan kafein.

Kafein boleh merendahkan tahap penghantaran isyarat kepada otak termasuk serotonin yang membuatkan kesukaran untuk tidur.

Ia menghalang penerimaan adenosin yang mana penting untuk mendorong kepada keletihan dan tidur.

Jadi, peminum kopi boleh berasa kurang letih dengan kerap, bertenaga dan lebih peka menyebabkan berlakunya insomnia.

Untuk mengatasi masalah ketagihan kafein, kita perlu bermula dengan langkah kecil iaitu mengurangkan pengambilan secara berkala.

Biasanya kita minum empat cawan sehari, kurangkan kepada tiga cawangan.

Tetapi jika anda tidak mahu kurangkan kekerapan, anda boleh mengurangkan jumlah kafein. Ia mungkin mengambil masa berminggu-minggu atau menukar minuman tanpa kafein seperti teh.

Kopi sebenarnya mengandungi lebih daripada 1,000 bahan – kuantiti bergantung kepada jenis kopi, cara ditanam dan kaedah memproses.

Secara umumnya, biji kopi hanya mengandungi karbohidrat, lemak, protein dan air.

Bahan lain yang terkandung dalam biji kopi termasuk asid (klorogenik dan kafeik), alkaloid (kafein), mineral vitamin dan lain-lain.

Kajian dijalankan Instituto del Frio Sepanyol mendapati kopi yang sedia diminum mengandungi pelawas satu hingga 1.5 gram dalam setiap cawan.

Semua makanan yang dibuat daripada tepung bijirin mengandungi secara rata enam gram pelawas bagi setiap 100 gram produk.

Kajian oleh penyelidik RMIT University Melbourne mendapati kopi berupaya bertindak sebagai perangsang otak apabila individu memberikan respons.

Tidak kira kita gemar meminum kopi atau pun teh, perkara paling penting ada untuk kita mengetahui kesan mengambil sesuatu minuman secara berlebihan.

Jangan disebabkan ketagihan terhadap kopi menyebabkan kita mengalami masalah kesihatan lebih teruk.

Jika perkara ini berlaku, mungkin sukar untuk kita bekerja atau mencari pendapatan untuk menyara keluarga.

Sekiranya perlu, kita mungkin boleh meminta pandangan doktor atau pakar mengenai cara untuk mengatasi masalah ketagihan kafein.

Segeralah berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai tanda-tanda ketagihan kafein yang melampau.

Kita tidak boleh hanya mementingkan kesedapan kopi sebaliknya perlu tahu kesan jangka panjang pengambilannya.

Adalah lebih baik kita mengamalkan minum air kosong yang banyak bagi menambah kandungan air dalam badan selain membantu risiko dijangkiti penyakit dan membuat kita lebih bertenaga.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berkaitan

Lain-lain

Buruh paksa moden

SEKALI-SEKALA media melaporkan pekerja asing, termasuk pembantu rumah di negara

Gibran di mata Prabowo

PEMILIHAN presiden (Pilpres) Indonesia berlangsung 14 Februari 2024. Sejumlah survei