ARTIKEL

Ketam labah-labah buta tapi peka deria dengar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MACROCHEIRA kaempferi nama saintifik untuk haiwan unik yang dikenali sebagai Ketam Labah-Labah Jepun atau Japanese Spider Crab.

Habitatnya di Lautan Pasifik berhampiran Jepun dan merupakan salah satu arthropod terbesar di dunia.

Di Jepun ia dinamakan taka-ashi-gani iaitu ketam berkaki tinggi dan dinamakan ketam labah-labah kerana ia menyerupai labah-labah.

Tubuhnya boleh mencapai ketinggian sekitar 12 kaki, manakala beratnya sekitar 42 paun.

Ketam ini dikenal pasti buta, namun ia mempunyai pendengaran yang kuat dan sangat luar biasa, malah mampu menangkap gelombang suara dari seluruh lautan tanpa menggunakan telinga.

Ia mempunyai cakar yang kuat dan sebahagian besar mangsanya sukar melepaskan diri daripada cengkamannya.

Kakinya boleh tumbuh semula jika patah atau terperangkap pada jaring melalui cara bersalin kulit.

Berwarna oren dengan bintikbintik putih di sepanjang kaki, ketam ini dikatakan mempunyai perwatakan lembut walaupun penampilannya menakutkan.

Makanannya kerang, bangkai haiwan, alga, tumbuhan, ikan kecil dan moluska.

Ia tinggal pada kedalaman 500 hingga 600 meter dan biasanya ditemui di gua bawah laut.

Ketam betina biasanya ditemui lebih kurang 50 meter dari permukaan laut pada musim bunga kerana ia perlu naik ke permukaan lebih tinggi untuk bertelur.

Seekor ketam betina boleh mengeluarkan 1.5 juta telur pada setiap musim dengan menetas dalam tempoh 10 hari.

Bagi melindungi spesies ini daripada pupus, pemancing dilarang menangkap ketam ini pada musim bunga.

Selain ditangkap untuk dijadikan juadah, ketam ini juga dijadikan haiwan belaan di dalam akuarium.

Ketam Labah-Labah Jepun mempunyai jangka hayat sekitar 50 hingga 100 tahun.

BERITA LAIN

Belajar buat filem

“Awal penubuhan Sang Rawi, semua ahli kumpulan turut aktif dalam pementasan teater tulisan dan arahan Hafriz Zulfadly sendiri. Antara teater terbaharu terbitan Sang Rawi Teater

Sang Rawi wadah anak muda berkarya

KUMPULAN yang dahulunya sebuah band muzik eksperimental nusantara yang berasal dari Sarawak, Sang Rawi kini muncul dengan rancangan terbaharunya di TVS menerusi dokumentari majalah hidupan

Rumah kampung mini

PENGGUNA TikTok @nazrulfaiz88 tular dengan isi kandungan menghasilkan seni replika mini seperti kawasan perkampungan atau rumah lama. Hasil tangannya sangat kemas dan cantik, sekali pandang

BERITA TERBARU