ARTIKEL

Ketegasan Premier pelihara kestabilan politik bawa banyak kemajuan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARATOK: Lebih 150 inisiatif dan 215 komitmen yang berjaya dilaksanakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah hasil ketegasannya dalam memelihara kestabilan politik di negeri ini.

ADUN Kalaka Mohamad Duri menyifatkan beliau seorang ketua yang berjaya mengemudi Sarawak dengan tidak bercakap kosong.
“Bayangkan berapa banyak pencapaian yang sudah dinikmati rakyat sepanjang tujuh tahun beliau memimpin Kerajaan Sarawak.

“Bukan itu sahaja, Abang Johari juga telah membuktikan keupayaan untuk menambah pendapatan tahunan negeri.

“Sebab itu saya sering memberitahu rakyat terutama golongan muda di kawasan Kalaka bahawa ketegasan Abang Johari dalam menjaga kestabilan politik negeri telah membuahkan hasil yang sangat membanggakan,” katanya diminta mengulas tujuh tahun kepimpinan Abang Johari.

Terdahulu semasa sesi Dialog Awam Tujuh Tahun Bersama Premier yang disiarkan di TVS baru-baru ini, beliau membawa Sayap Belia 1828 Cawangan Kalaka untuk menyaksikannya secara langsung.

“Ia satu pendedahan yang baik kepada para belia
“Sepanjang tujuh tahun pentadbiran, lebih 150 inisiatif dan 215 komitmen yang dilaksanakan untuk kemakmuran, kesejahteraan dan pembangunan negeri yang telah membawa Sarawak ke era baharu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat agar terus menyokong penuh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk masa depan yang lebih gemilang.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU