Trending

Ketengah isu ‘wartawan jadian’ pada Hawana 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

IPOH: Isu ‘wartawan jadian’ khususnya yang menggunakan platform media sosial adalah antara isu yang akan diketengahkan Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (Media Sarawak) pada sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di sini yang bermula hari ini hingga esok.

Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) Jacqueline David berkata ia kerana kehadiran wartawan media sosial itu telah membuka ruang kepada penyebaran maklumat secara tidak bertauliah, berbanding pengamal media arus perdana atau konvensional yang didedah dan diterapkan dengan etika kewartawanan.

“Kehadiran mereka yang kononnya sebagai wartawan telah menimbulkan banyak isu, antaranya apabila membuat liputan ke atas sesebuah majlis, mereka akan terus membuat hantaran di media sosial, menyebabkan pengamal media konvensional dianggap sangat lambat.

“Mereka bukannya membuat berita tetapi hanya memuat naik bahan di media sosial berbanding pengamal media konvensional yang terikat dengan etika termasuk mendapatkan pengesahan pihak berkaitan sebelum menyebarkan berita.

“Saya rasa perkara ini bukan hanya berlaku di Sarawak malah di negeri lain juga. Isu mengenai perkara ini perlu diketengahkan supaya masyarakat memahami peranan wartawan dalam menyaring maklumat sahih,” katanya yang ditemui pada program Mini Karnival Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di sini, hari ini.

Jacqueline menegaskan pengabaian terhadap etika kewartawanan termasuk perkara seperti aspek penampilan turut berlaku dalam kalangan pengamal media baharu dan perlu diberi perhatian.

Beliau berkata seperti yang berlaku semasa sambutan Minggu Perpaduan 2023 di Kuching yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini, kehadiran individu yang kononnya sebagai wartawan telah menimbulkan isu apabila mereka datang hanya dengan berbaju kemeja, sedangkan pengamal media konvensional telah ditetapkan dengan kod etika pakaian rasmi bagi membuat liputan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru