Trending

Ketepi sengketa, semarak cinta negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARIKEI: Perpaduan penduduk pelbagai kaum di negeri ini wajar dipertahan bagi memastikan kelangsungan pembangunan dapat diteruskan oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab berkata, setiap individu dinasihati tidak terpengaruh dengan helah pihak yang hanya mahu memecah-belahkan mereka.

“Kita perlu menjunjung lima prinsip Rukun Negara yang menjadi asas penyatuan dan identiti diri sebagai rakyat Malaysia di samping terus memupuk persefahaman dan perpaduan,” katanya pada Majlis Perasmian Program Merdeka@ Komuniti kawasan P206 Tanjong Manis di Dewan Penghulu Adin, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar persengketaan diketepikan demi memastikan negara kekal aman dan harmoni. Program Merdeka@Komuniti merupakan acara tahunan Jabatan Penerangan Malaysia.

Penganjurannya bertujuan menyemarak semangat cinta akan negara, mengingati jasa pemimpin terdahulu dalam mencapai kemerdekaan negara, mengajak rakyat mengibar Jalur Gemilang dan menghargai kebebasan yang dikecapi sekian lama.

Sehubungan itu, Yusuf mengajak penduduk di negeri ini mendalami makna Malaysia Prihatin yang menjadi tema sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Malaysia katanya, membawa pengertian seluruh masyarakat perlu berganding bahu memerangi pandemik Covid-19 manakala Prihatin pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Inisiatif kerajaan meringankan beban rakyat diperkenalkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan.

“Sementara logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang pula melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum,” katanya.

Sementara itu, Yusuf juga merasmikan Pasar Tani Dewan Penghulu Adin Sare bernilai RM100,000 yang dibina Kerajaan Sarawak melalui peruntukan RTP.

Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak Aziz Abdul Rahman dan Penghulu Bidai Gisang turut hadir.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru