ARTIKEL

Ketepikan perbezaan ideologi politik, pelihara keharmonian negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Golongan belia Sarawak perlu mengenepikan segala perbezaan ideologi politik bagi memastikan keutuhan kesinambungan pembangunan, kemajuan serta keharmonian negeri terus terpelihara.
 
Menurut Presiden Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, golongan muda harus membudayakan semangat kerjasama berpasukan kerana bakal menggalas amanah memimpin negara khususnya meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang.
 
“Semangat itu boleh dilihat dalam Saberkas yang mempunyai ahli daripada pelbagai parti politik.

Ia bukan sahaja dianggotai ahli parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS), tetapi juga parti lain yang terdapat di Sarawak.
 
“Malah, kita bukan hanya merentasi landasan politik, tetapi menjangkaui semua peringkat usia, agama dan bangsa. Saberkas adalah gedong untuk memastikan bagaimana negeri kita akan ditadbir pada masa hadapan, ia juga kilang untuk memperkukuhkan keharmonian,” katanya.
 
Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tritahunan (TGM) Saberkas Sarawak Ke-17 di sini, hari ini.
 
“Kita tidak menafikan, mereka yang di dalam satu parti politik juga kadang-kadang mempunyai berlainan ideologi dan landasan.

Namun Saberkas komited dengan satu arah tuju sama iaitu untuk menyatukan rakyat serta memastikan keharmonian Sarawak terus terpelihara sampai bila-bila.
 
“Saya berani menyatakan semua itu dilakukan bukannya melihat daripada perspektif politik.

Kita mahu memastikan golongan muda dapat dibentuk untuk mempunyai jati diri yang kuat dengan mengenepikan agenda politik.
 
“Ini penting supaya mereka seterusnya dapat kita angkat menjadi pemimpin yang berupaya membawa kesinambungan kepada kemajuan serta kemakmuran yang ada pada hari ini,” tegasnya.

LAIN-LAIN BERITA

Kaji, semak tempoh kenaikan pangkat penjawat awam

MIRI: Kerajaan perlu mengkaji dan menyemak semula tempoh kenaikan pangkat penjawat awam yang dikatakan terlalu panjang atau lama. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam

BERITA TERBARU

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San