ARTIKEL

Gira (duduk tengah) bersama peserta POSKOM dan pegawai agensi terlibat.

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, berkata ia adalah satu dokumen strategi utama Sarawak yang memberi hala tuju strategik untuk memacu pembangunan dan pertumbuhan sosioekonomi Sarawak.

Menurutnya, Premier Sarawak pernah berkata bahawa menjelang 2030, Sarawak akan melahirkan masyarakat maju berteraskan data dan inovasi di mana semua rakyat akan menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kemampanan alam sekitar.

“Maknanya, apa yang kita adakan pada hari ini adalah sebahagian daripada elemen untuk merealisasikan hala tuju ini dengan memberi peluang kepada semua masyarakat untuk turut serta dalam inisiatif keterangkuman sosial.

“Dengan harapan, tiada lagi golongan terpinggir yang tersisih daripada menikmati kemudahan, bantuan dan sistem sokongan sosial yang disediakan oleh kerajaan melalui JKMS,” katanya ketika berucap merasmikan Program POSKOM Peringkat Bahagian Sibu 2024 anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu di Dewan Masyarakat Sekuau dekat sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pegawai JKMS Bahagian Sibu, Tang Kee Lee, serta tetamu jemputan lain.

Gira berkata, dengan penyampaian perkhidmatan secara bersemuka melalui POSKOM akan lebih efisien dan memudahkan pelanggan atau golongan yang memerlukan perkhidmatan bagi mendapatkan maklumat secara langsung.

Komunikasi dua hala sebegini, tegasnya, dapat mengurangkan masalah komunikasi dan percanggahan maklumat yang seterusnya mengurangkan persepsi negatif pelanggan terhadap jabatan.

“Menjadi platform mudah kepada pihak jabatan untuk mempromosikan perkhidmatan jabatan kepada ‘stakeholder’ dan seterusnya menggalakkan penyertaan pelbagai pihak dalam program ‘signature’ ‘WeCare WeShare’.

“Impaknya akan memberi nilai tambah kepada perkhidmatan jabatan melalui penggunaan penuh kemudahan secara digital seterusnya meningkatkan imej jabatan di mata masyarakat dan juga perkhidmatan awam Negeri Sarawak serta ahli politik tempatan di samping mendapatkan maklum balas secara terus berkaitan kepuasan pelanggan daripada klien yang disantuni,” katanya.

Beliau berharap program ini dapat dijadikan sebagai platform bagi komuniti untuk mendapatkan informasi yang tepat, cepat dan terbaharu daripada JKMS.

Gira turut menyambut baik program ini kerana dapat memberi peluang kepada semua untuk bertemu, beramah mesra dan berkongsi pendapat berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh JKMS.

“Saya dimaklumkan bahawa POSKOM ini merupakan program ‘signature’ yang diperkenalkan oleh JKMS pada tahun ini dan akan diadakan di semua bahagian.

“Ianya merupakan program dua hari yang diadakan bertujuan untuk menyantuni golongan sasar yang berkeperluan, komuniti yang prihatin dan pemimpin masyarakat yang mengambil berat tentang isu kemiskinan dan memerlukan bantuan kerajaan,” jelasnya.

POSKOM, yang berkonsepkan hari bersama pelanggan serta menyantuni komuniti, melibatkan pembukaan kaunter pertanyaan dan khidmat nasihat berkaitan bantuan kebajikan, kaunter permohonan Kad OKU dan Kenyalang Gold Card, ceramah perkhidmatan serta sesi interaktif bersama pelanggan, dan kaunter aduan turut disediakan.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan