ARTIKEL

Ketersediaan pili bomba mudahkan operasi padam kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Chong Chieng Jen dan Dr. Kevin Yii semasa sidang media di pejabat DAP.

KUCHING: Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memastikan pili bomba dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan terutama ketika operasi memadam kebakaran.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata, ia penting supaya kerja-kerja pemadaman semasa kebakaran dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Mengulas mengenai kejadian kebakaran sebuah rumah kedai di Batu 3, Sungai Maong di sini, Chieng Jen berkata pihak bomba berdepan masalah punca air kerana tiada pili bomba berdekatan.

“Apabila diperiksa, penduduk di situ memberitahu sebenarnya terdapat satu pili bomba di kawasan tersebut tetapi ia tersembunyi kerana tenggelam oleh lapisan jalan raya.

“Ia menyukarkan kerja-kerja penyelamatan yang dilakukan oleh pihak bomba. Masa yang berharga terbuang begitu sahaja kerana tiada pili bomba dan terpaksa mencari sumber air lain,” katanya.

Chieng Jen berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya, bukan untuk menyalahkan kementerian berkaitan kerana mengakibatkan kebakaran, tetapi proses pemadaman itu pasti lebih efektif jika kemudahan tersebut dalam keadaan baik.

Beliau berharap agar pihak kementerian dan PBT mengambil perhatian mengenai isu berkenaan bagi memastikan keselamatan penduduk dan harta benda awam dalam keadaan terjamin.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU