ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Ketetapan perangi Islamofobia disokong dan diterima majoriti negara majoriti PBB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NEW DELHI: Ketetapan yang dibawa Pakistan bagi memerangai Islamofobia diterima Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) selepas mendapat sokongan majoriti. 

Ketetapan itu diterima pada Hari Antarabangsa bagi Memerangi Islamofobia pada Jumaat dengan 115 undi menyokong dan tiada undi menentang. 

Perhimpunan Agung itu mengutuk perbuatan mengapi-apikan diskriminasi, kebencian atau keganasan terhadap umat Islam seperti yang ditunjukkan dalam insiden pembakaran kitab suci al-Quran, menyerang masjid, premis berkaitan Islam, dan tindakan lain yang tidak bertoleransi terhadap agama.

“Penerimaan ketetapan itu tepat pada masanya di tengah-tengah peningkatan Islamofobia,” kata Kementerian Luar Pakistan pada Sabtu. 

Ketepan itu dibentangkan dpada perhimpunan 193 negara anggota itu oleh Pakistan bagi pihak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Sebanyak 44 undi berkecuali pada perhimpunan itu, antaranya dari Great Britain, India, Korea Selatan dan Kesatuan Eropah. 

Perhimpunan itu juga menggesa pelantikan Perutusan Khas PBB bagi Memerangi Islamofobia. 

Pada Jumaat di Geneva, pemerhati tetap OIC, Nassima Baghli, berkata “Islamofobia sedang meningkat berikutan serangan Israel ke atas Gaza”.

Baca lain  Gempa bumi 5.8 pada skala Richter gegar barat Perancis

Malaysia pula menggesa langkah kukuh diambil bagi menangani Islamofobia sambil mengalu-alukan pelantikan Perutusan Khas PBB bagi tujuan itu.

“Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengenal pasti langkah  kukuh  dalam  membanteras keadaan dan perlakuan semasa yang memupuk perbuatan keji ini,” kata Kementerian Luar dalam kenyataannya pada Jumaat. — BERNAMA

BERITA LAIN

Cuaca buruk UAE, penerbangan lewat, dibatalkan

ABU DHABI: Berikutan keadaan cuaca buruk termasuk hujan lebat di Abu Dhabi pada Rabu, beberapa penerbangan Etihad Airways mungkin menghadapi kelewatan, lapor Agensi Berita Emirates

BERITA TERBARU