Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Ketokohan Siti Mariam Aris Abdullah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SITI Mariam Aris Abdullah dilahirkan pada 27 Jun 1973 di Kampung Keniong Lama, Simunjan.

Beliau berketurunan Iban. Selepas menamatkan persekolahan di SMK Simunjan No.1 pada 1993, Siti Mariam pergi merantau ke Semenanjung Malaysia.

Beliau bekerja di Selangor dan bergaul dengan ramai orang Islam.

Seterusnya diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk menyaksikan keindahan Islam.

Ditakdirkan beliau memeluk agama Islam pada 20 Jun 1994 dan didaftarkan di Majlis Agama Islam Selangor.

Pada 10 Oktober 1995, beliau mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya Nik Ahmad Nik Mat yang berasal dari Kota Bharu Kelantan.

Pasangan ini diberkati dengan tiga anak lelaki. Kini, mereka kembali bermastautin di bumi serambi Mekah.

Siti Mariam antara Dayak Muslim bukan sahaja berbakti kepada umat Islam di Kelantan malah menyantuni anak-anak Sarawak yang merantau dan bermastautin di Kelantan.

Sebagai mualaf mengikuti kelas pengajian al-Quran di Masjid Muhammadi Kota Bharu, beliau mengumpul anak-anak Dayak Muslim bersama-sama Persatuan Dayak Muslim Kelantan.

Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Protem PDM Kelantan sejak 2019. Melalui PDM Kelantan, beliau menyertai pelbagai seminar, wacana dan persidangan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk memperkasa ilmu dan kepimpinan.

Baca lain  Big Bos Burger memang terbaik!

Meskipun bermastautin di Kelantan, anak Sarawak ini tidak pernah lupa asal-usul dan masih berhubung dengan ahli keluarga di Sarawak. Kadangkala beliau pulang ke kampung di Simunjan untuk berjumpa ibu dan adik-beradik yang dirindui.

Islam bukan menjadi penghalang untuk bersilaturahim apatah lagi memutuskan ikatan kekeluargaan.

Mudah-mudahan Siti Mariam terus berjaya dalam dakwah dan perjuangan dalam menyantuni sesama Muslim.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Bandar utama di china

CHINA terkenal sebagai negara pesat membangun, maju dan memiliki peradaban

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru