ARTIKEL

HARMONI… Tun Wan Junaidi (tengah) dan isteri (enam kanan) menerima kunjungan pihak USPG diketuai Bishop Danald Jute (enam kiri) di Astana Negeri, hari ini. - Foto: Penerangan

Ketokohan TYT memelihara keharmonian masyarakat diakui Gereja Anglikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, terkenal sebagai tokoh yang memelihara keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Ia diakui International Advisors of United Society Partnership in Gospel (USPG) yang diketuai oleh Bishop Gereja Anglikan bagi Sarawak dan Brunei Darussalam, Datuk Danald Jute.

Katanya, kunjungan ke atas Tun Wan Junaidi hari ini dilakukan sebagai penghormatan ke atas beliau selepas dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.

“Beliau terkenal dengan keperibadian menjaga keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya sejak menjadi wakil rakyat, Speaker Dewan Negara dan kini, Yang di-Pertua Negeri Sarawak,” katanya.

Wakil Gereja Wilayah Afrika Barat (CPWA) Ghana, Reverend Dr Cyril Kobina Ben-Smith, wakil Gereja Wilayah Afrika Tengah (CPCA) Botswana, Reverend Metlhayotlhe Beleme, wakil Gereja England (COE) England, Reverend David Stuart Walker dan Reverend Dr John Perumbalath, wakil Gereja Anglikan Afrika Selatan (ACSA) Namibia, Esmeralda Janis Pato, wakil Gereja Anglikan Kanada (ACC) Kanada, Dr Anita Eurita Gittens, wakil Gereja India Utara (CNI) India, Reverend Lopa Mudra Mistry, wakil Gereja Anglikan di Aotearoa, New Zealand dan Polynesia Samoa, Reverend Sonja Hunter, dan ahli USPG United Kingdom, Reverend Dr Duncan Dormor, Reverend Dr Peniel Rajkumar serta Rachel Weller turut hadir sama di Astana Negeri.

Tun Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, dalam pada itu turut menerima kunjungan hormat daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abdul Rahman Sebli, bersama-sama Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Nixon Kennedy Kumbong, dan Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad.

Kunjungan hari ini merupakan kunjungan hormat sulung setelah Tun Wan Junaidi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Dalam perkembangan berasingan, Toh Puan Fauziah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Sarawak yang diketuai isteri kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datin Amar Baduyah Bujang.

Ia bagi menerangkan kepada beliau sebagai penaung MAKSAK mengenai aktiviti-aktiviti MAKSAK Wanita seperti acara sukan, kebajikan, pendidikan serta aktiviti lain yang akan dilakukan dari semasa ke semasa.

BERITA LAIN

Politik stabil, pelbagai agenda pembangunan lancar

BINTANGOR: Kestabilan kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membolehkan pelbagai agenda pembangunan berteraskan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan. ADUN Meradong, Datuk Ding Koung

BERITA TERBARU