KUCHING: Ketua Isi Keluarga (KIR) di seluruh Sarawak yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diingatkan supaya memberitahu pihak Jawatankuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya ingin kembali ke rumah masing-masing.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, setiap KIR bersama isi rumah akan dicatat semasa pindah ke PPS.
“Oleh itu, sekiranya banjir di kawasan mereka semakin reda dan ingin kembali ke rumah hendaklah memberitahu pegawai bertugas untuk dicatat dalam laporan.
“Di setiap PPS kita meletakkan beberapa pegawai JKM dan pegawai dari Jabatan Kesihatan yang ditugaskan menjaga keselamatan mangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan ke PPS SJK (C) Chung Hua Sungai Tengah, Sejijak, hari ini.
Menurut Fatimah, pegawai-pegawai yang ditugaskan akan memastikan tahap keselamatan dan kesihatan mangsa dalam keadaan baik terutamanya golongan berisiko tinggi yang memerlukan perhatian.
Beliau memberitahu bahawa sebanyak 22 buah PPS telah di buka di Daerah Kuching dan 17 buah di Daerah Bau.
Dalam lawatan tersebut, seramai 122 mangsa daripada 44 buah keluarga dari kawasan Taman Malihah berada di PPS berkenaan.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my