Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Ketua kampung bersemangat mengundi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tangkan Dudu

TEBEDU: Ketua Kampung Kampung Daha Kisau, Tangkan Dudu antara pengundi terawal datang menunaikan tanggungjawabnya di Pusat Mengundi Balai Kampung berkenaan.

Beliau yang bersemangat menggunakan kemeja biru telah menunggu di pusat mengundi seawal jam 7.30 pagi tadi dan menjadi orang pertama mengundi.

“Sebagai wakil suara rakyat di penduduk kampung sini melahirkan perasaan gembira kerana musim PRN ini sememangnya ditunggu-tunggu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat di kawasan ini kerana datang awal menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi,” katanya semasa ditemui pemberita di Pusat Mengundi Balai Raya Kampung Daha Kisau di sini, hari ini.

Setakat 9.30 pagi tadi, seramai 102 orang pengundi telah hadir menunaikan tanggungjawab mengundi di pusat berkenaan.

Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di kampung berkenaan sebanyak 303 orang.

Ini bermakna baru 33 peratus sahaja telah hadir mengundi dan dijangka akan meningkat sehingga tempoh masa pengundian ditutup.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru