ARTIKEL

PPgB Azman Ibrahim menyerahkan menyerahkan alat pemadam api kepada Walter sebagai penghargaan kepada beliau.

Ketua kampung terima penghargaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Seorang ketua kampung menerima penghargaan daripada pihak bomba di atas keberanian dan respon pantas memadamkan kebakaran yang berlaku di Kampung Long Tukon, Trusan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, PPgB Azman Ibrahim, beliau cukup berbangga atas keberanian Walter Etaa Meru.

Malah, Azman menyifatkan keberanian beliau merupakan luar biasa dan patut dicontohi oleh masyarakat.

Walter merupakan seorang ketua kampung menggunakan segala pengalaman asas kebombaannya telah berjaya memadamkan kebakaran tersebut.

“Sebelum kedatangan bomba ke lokasi kejadian, beliau turut dibantu orang kampung berjaya mengawal api daripada terus marak,” terang Azman.

Walter pernah mengikuti program Bomba Komuniti pada tahun 2022 dan Program Randau Pembangunan Sosial (RPS) Latihan Memadam Kebakaran pada Januari 2024.

“Pengalaman yang diperolehi oleh beliau semasa mengikuti program kebombaan yang dianjurkan Bomba Lawas, sedikit sebanyak membantu beliau memadamkan kebakaran.

“Malah ilmu asas kebombaan dalam menggunakan peralatan memadam kebakaran amatlah penting dan apa yang ditunjukkan oleh Walter adalah satu contoh hasil daripada program berkenaan.

“Saya memuji keberanian yang ditunjukkan oleh beliau dalam usaha memadamkan kebakaran ini,” kata Azman.

Diatas keberanian tersebut, pihak bomba Lawas menerusi Azman telah menyerahkan alat pemadam api kepada Walter sebagai penghargaan kepada beliau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU