ARTIKEL

SELAMAT BERKHIDMAT... Sagah (tengah) memakaikan selempang kepada Atok (tiga kanan) yang dilantik menjadi Temenggong Bidayuh Kawasan Kuching yang baharu.

Ketua masyarakat dan kaum harus kuasai teknologi sampaikan maklumat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Bidayuh harus menguasai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam menyampaikan maklumat, kata Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat itu berkata, penguasaan ICT membolehkan pemimpin masyarakat berkongsi dan menerangkan pelan pembangunan dan dasar kerajaan kepada masyarakat di kawasan mereka.

Dengan itu, katanya, masyarakat dapat memahami perancangan dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dan tidak dikelirukan pihak lain.

“Anda harus memastikan masyarakat memahaminya (dasar) dan tidak dikelirukan. Jadi anda (KMKK) harus menjelaskan.

“Perkara ini seperti duit syiling, dan orang boleh mengelirukannya dengan memberitahu perkara yang lain,” katanya pada majlis Ngarum Tikuruk Bisamah Pinu’uh Bidayuh di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) di sini, malam tadi.

Justeru, Sagah yang juga penasihat DBNA, mahu KMKK mengemaskini diri mereka dengan ICT kerana mereka memainkan peranan yang besar sebagai perantara kerajaan dengan masyarakat.

Pada masa yang sama, katanya, KMKK juga harus mengetahui isu berkaitan keselamatan dan pengurusan bencana di kawasan mereka.

Baca lain  Rumah kayu ranap akibat kebakaran di Kampung Semarang

Jelasnya, ia berikutan berlakunya bencana seperti banjir dan tanah runtuh sejak kebelakangan ini.

Justeru ketua kaum harus menasihatkan penduduk di kawasan mereka untuk tidak membina rumah di kawasan berbahaya.

Dalam pada itu, majlis yang dianjurkan oleh DBNA itu meraikan mantan Temenggong, Datuk Austin Dimin, yang telah berkhidmat sebagai Temenggong Bidayuh Kawasan Kuching selama 11 tahun.

Beliau digantikan oleh Atok Derop yang mengambil alih tugas tersebut pada Februari lalu.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil dan Datuk Henry Harry Jinep, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datuk Buckland Bangik, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang, ADUN Tebedu, Dr Simon Sinang Bada, ADUN Bukit Semuja, John Ilus, Presiden DBNA, Datuk Ik Pahon Joyik, serta kenamaan lain.

SERAH TUGAS… Sagah (tiga kanan) menyaksikan penyerahan simbolik baton tugas daripada Austin (tiga kiri) kepada Atok (dua kanan) sempena majlis Ngarum Tikuruk Bisamah Pinu’uh Bidayuh di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat DBNA di sini, malam tadi.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,