Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Ketua masyarakat digesa lapor aktiviti penyalahgunaan dadah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Dino menyampaikan cenderahati kepada Talib.

BINTULU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip menyeru semua pihak untuk bekerjasama dalam membanteras dan memerangi penyalahgunaan dadah sehingga ke peringkat akar umbi.

Pada masa sama, Adun Jepak itu turut meminta ketua-ketua masyarakat dan kaum untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai sebarang aktiviti salah guna bahan terlarang tersebut di kampung masing-masing.

“Saya akan terus memberikan kerjasama kepada agensi berkenaan khususnya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar program pencegahan dadah lebih berkesan seperti yang diharapkan,” katanya pada perasmian program Community Empowerment 2021 Daerah Bintulu bagi Dun Jepak, di sini, hari ini.

Beliau juga berharap lebih banyak lagi aktiviti, program atau jerayawara yang mampu menyampaikan mesej mengenai ancaman dadah diadakan pada masa akan datang bagi mendekati golongan belia.

Program yang merupakan salah satu strategi mengaktifkan peranan pemimpin komuniti dengan memberi pendedahan mengenai trend dan ancaman dadah semasa itu dianjurkan AADK Daerah Bintulu dengan kerjasama Pejabat Daerah Bintulu di bawah One Stop Committee (OSC).

Baca lain  Penggambaran filem di Kapit

Pengarah AADK Sarawak Iskandar Turkee, Pengerusi OSC Bintulu merangkap Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid hadir sama.

Talib, Dino dan Iskandar merakamkan gambar bersama-sama peserta program Community Empowerment 2021 Daerah Bintulu bagi Dun N67 Jepak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru