Ketua Menteri menikmati mi kampua di Pasar Sentral

SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengadakan kunjungan mesra di Pasar Sentral Sibu, semalam.

Ketibaannya disambut tarian singa sebelum bermesra dengan peniaga dan pengunjung di situ.

Selepas menghabiskan masa mengunjungi peniaga di pasar tersebut, beliau dilihat sempat membeli barangan peribadi.

Kemudian, Ketua Menteri bersama-sama rombongannya naik ke tingkat pertama Pasar Sentral Sibu untuk menikmati hidangan istimewa seperti pulut panggang, mi kampua dan teh tarik.

Turut mengiringi Timbalannya Datuk Amar Douglas Embas Uggah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Masyarakat, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Sri Fatimah Abdullah dan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing.

Terdahulu, Abang Johari merasmikan Majlis Pelancaran GPS Zon 9 Sibu di Dewan Suarah Sibu.

Suara Sarawak