ARTIKEL

Ketua Menteri Pulau Pinang lawat Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow selamat tiba di Kuching untuk lawatan kerja rasmi tiga hari, di sini.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sekitar 5 petang tadi disambut oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

KETIBAAN Chow Kon Yeow disambut oleh Sebastian Ting di LTAK, hari ini.

Chow dijadualkan hadir ke sesi pembukaan Kongres Teknologi Dan Inovasi Dunia (WCIT) Ke-27, 2023 dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak Keenam (IDECS) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), esok.

Seterusnya dalam siri lawatan sama, beliau dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selain akan mengadakan lawatan ke Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Stesen Mengisi Bahan Bakar Hidrogen, Kemudahan Pengeluaran Mikroalga dan menghadiri Makan Malam Gala dan Anugerah Inovasi Global dan Kecemerlangan Teknologi WITSA.

LAIN-LAIN BERITA

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun

Ayahanda sentiasa ada masa untuk keluarga – Bekir

KUCHING: “Ayahanda (Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) merupakan seorang bapa yang sentiasa meluangkan masa lapang dengan anak-anaknya walaupun sibuk menjawat jawatan sebagai menteri,” kata

Samarahan, Serian bahagian jangkitan rabies

KUCHING : Bahagian Samarahan dan Serian diisytiharkan sebagai Bahagian Jangkitan Rabies berikutan kes positif rabies membabitkan haiwan dikesan di kedua-dua bahagian itu, baru-baru ini. Ini

BERITA TERBARU

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan