Ketua Menteri rasmikan Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak hari ini

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini merasmikan Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di BCCK.

Majlis ini dihadiri kira-kira 5,000 penjawat awam Sarawak yang terdiri daripada pelbagai agensi.

Terdahulu, dalam pembentangan Belanjawan Sarawak 2020, Ketua Menteri mengumumkan pemberian bonus dua bulan gaji atau minimum RM2,000 kepada 16,000 penjawat awam negeri ini.

Pembayaran bonus berkenaan akan dibuat pada 18 Disember ini sebagai tanda Kerajaan Sarawak menghargai kakitangannya.

Suara Sarawak